Setiap hidangan nasi lemak mempunyai rasa berbeza walau menghidangkan menu yang sama. Ia bergantung kepada rasa dan cara memasak sambal nasi lemak bagi setiap hidangan.
Jika seseorang mahukan nasi lemak pedas, maka rasa sambal haruslah pedas. Begitu jugalah sebaliknya. Tapi, ada satu bahan yang harus kita letak untuk sedapkan sambal nasi lemak kita tau!
Petua dari Rose Niey adalah salah satu petua daripadanya. Ujarnya, sambal nasi lemak yang dihasilkan ini bukan saja dipuji malah sentiasa diingat oleh orang tua iaitu mak ayah dan juga nenek.
Kalau orang tua pun dan kata sedap, memang sedap betullah lah tu. Jadi, jom kita rujuk petua Rise Niey ni.
Petua dari Rose Niey untuk menyedapkan sambal, haruslah kita memasukkan segenggam ikan bilis ketike mengisar bawang. Berikiut perkongsian resepi dan petua oleh Rose Niey sebagai rujukan.
Nampak pun memang pekat sedap sangat! Selamat mencuba petua sambal nasi lemak terus jadi sedap ni okay! Jangan lupa letak segenggam ikan bilis tu. Try lah kalau nak rasai sendiri kenikmatan berbeza.
Semoga bermanfaat! Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Rose Niey
Baca juga: Resepi Kerepek Tempe Sira Pedas, Rasa Krup Krap Bila Makan Memang Sedap. Cubalah!