Kebanyakan pelaut ramai yang tinggal di rumah atas air kerana untuk memudahkan sesi pekerjaan mereka hari-hari. Tangkap ikan dan terus jual secara segar kepada pelanggan di situ atau hantar di pasar dengan harga yang berpatutan.
Seperti salah seorang pelaut ini yang memuatnaik video di mana beliau hanya meletakkan nasi sahaja di mata kail dan terus dapat pancing ikan bawah rumah sahaja.
Pelaut ini yang bernama dindabajoe123 kongsikan cara beliau pancing ikan hanya dari bawah rumah sahaja untuk dapatkan ikan segar.
Buatkan netizen teruja kerana mereka dapat makan ikan secara segar dan boleh bekerja dari rumah sahaja untuk jual ikan.
Beliau meletakkan seketul nasi di mata kail dan mencuba untuk dapatkan ikan. Paling terkejut adalah beliau merupakan seorang wanita dan handal dalam memancing hanya menggunakan tali sahaja.
Sangat segar dan bila makan mesti akan rasa yang lain dari yang lain kerana ianya terus dapat dari laut.
@dindabajoe123 Membalas @bencanaalam123 🥰🥰🥰
@dindabajoe123 Membalas @bencanaalam123 ♬ Tak Ingin Usai – Keisya Levronka
Menerusi di ruangan komen, netizen memberi komen bahawa beliau ini dapat makan ikan segar setiap hari tanpa perlu fikirkan kos apa-apa.
Semoga keluarga wanita ini sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang sempurna kepada mereka.
Kredit: dindabajoe123