Setiap insan akan mengharungi jalan hidup yang berbeza-beza. Ada yang beruntung dan hidup dalam keadaan yang serba mewah dan lengkap, ada pula yang sebaliknya.
Bukan sahaja anak muda, malah ada segelintir warga emas yang masih diuji dengan kesempitan hidup yang amat membebankan. Melihat mereka bergelut di usia begitu, kita tentu berasa sedih dan terdetik untuk bantu seperti wanita ini.
Terbaharu, eykamika95 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi satu pengalaman yang benar-benar membuatnya tersentuh hati.
Berada dalam perjalanan, wanita itu terserempak dengan seorang warga emas yang sedang jalan sendirian sambil membawa satu plastik di tangan. Oleh kerana tidak begitu larat, lelaki itu akan berhenti seketika bagi berehat.
Melihat keadaan lelaki itu, wanita tersebut berasa sebak dan kesal tiada yang sanggup berhenti untuk membantu warga emas itu. Tak sanggup berdiam diri dan hanya melihat, dia menghampiri lelaki itu dan menawarkan diri untuk menghantarkannya di hadapan rumah.
Syukur dengan bantuan tersebut, warga emas itu perlahan-lahan melangkah dalam kereta sambil dibantu. Melihat keadaannya yang lemah dan tidak dibantu sesiapa, wanita itu makin sedih, mula terbayang pada kedua-dua ibu bapanya.
Malah ketikda dalam perjalanan untuk menghantarkan warga emas itu, dia melihat plastik yang dibawa mempunyai satu paket Maggi dan bawang, barangkali baru sahaja dibeli untuk mengisi perutnya yang lapar.
Selesai sahaja menghantarkan warga emas itu, wanita tersebut berasa sebak dan menangis bila terbayangkan nasib lelaki yang baru sahaja dibantu. Tambahnya, dia juga berharap agar dia dapat kembali membantu pak cik itu lagi.
@eykamika95 Ya Allah Semoga Pakcik Ni Dipanjangkan Umur Selalu 🤲😢
@eykamika95Ya Allah Semoga Pakcik Ni Dipanjangkan Umur Selalu 🤲😢♬ Sad background music of piano and strings – Rinotzr
Menjengah di ruangan komen, orang ramai turut bersimpati melihat keadaan pak cik itu yang hidup dalam serba kekurangan. Namun, mereka sangat berterima kasih pada wanita itu kerana telah membantunya.
“Alhamdulillah masih ada insan yang prihatin. Sejuk perut ibu mengandungkan akak. Anak yang solehah, semoga sihat ya akak dan murah rezeki selalu.”, ucap eiiyannpng29.
Bayangkan kalau pak cik itu ayah kita yang susah dan masih lagi perlu penat demi mencari makanan, sudah tentu kita akan berasa sedih. Jika kita melihat insan yang berada dalam kesusahan, apa salahnya jika kita hulurkan sedikit bantuan? Perkara itu dapat meringankan beban mereka dan merupakan satu amalan.
Kredit: eykamika95
Baca Juga: Lapar & Baru Nak Beli Makanan, Lelaki Ini Tak Sangka Tiba-Tiba Kena Maki Dengan..