Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lock Nasi Lemak Dalam Live TikTok Sahaja, Taktik Jualan Lelaki Ini Lain Dari Yang Lain & Hampir Setiap Hari Jualan Habis Dijual

Lock Nasi Lemak Dalam Live TikTok Sahaja, Taktik Jualan Lelaki Ini Lain Dari Yang Lain & Hampir Setiap Hari Jualan Habis Dijual

Kategori:

Bila dah masuk ke alam perniagaan, mesti kita akan mencuba pelbagai trik pemasaran untuk laku jualan kita. Ada yang menggunakan taktik yang tidak pernah difikirkan orang. Ada menggunakan taktik kotor seperti publisiti murahan.

Lain pula cerita lelaki ini, beliau menggunakan live TikTok dan gunakan taktik ‘lock’ seperti jualan baju. Tapi lelaki ini, pelanggan lock nasi lemak beliau dan mereka datang sendiri dan ambil nasi lemak tersebut.

Lock Nasi Lemak Dalam Live TikTok Sahaja, Taktik Jualan Lelaki Ini Lain Dari Yang Lain & Hampir Setiap Hari Jualan Habis Dijual

Video ini dikongsikan sendiri oleh penjual nasi lemak tersebut hanaezydeals di TikTok beliau. Scene-scene yang disunting dari live TikTok beliau dan dijadikan sebagai content untuk pengikut akaun beliau.

Peniaga nasi lemak yang berasal dari Pahang ini, wajar dipuji dengan taktik pemasaran beliau yang tak disangka akan digunakan. Kebiasaanya taktik sebegini akan digunakan oleh penjual baju bundle atau apa-apa barang sahaja yang bukan berkaitan dengan makanan. Tetapi lelaki ini bijak menggunakan peluang yang ada.

lock nasi lemak

Pelanggan beliau juga setia membeli dengan beliau dan hanya pesan sahaja di TikTok live beliau dan beliau akan terus tulis nama pelanggan yang sudah memesan.

Jika dilihat content beliau, bermacam ragam pelanggan beliau yang mencuit hati netizen. Ada pelanggan beliau siap payung lagi dengan bunyi motor ekzos di dalam live TikTok tersebut.

lock nasi lemak

Sikap lelaki ini juga menjadi bualan netizen kerana seorang yang baik dan tak lokek senyuman daripada wajahnya bersama pelanggan. Beliau melayani apa sahaja karenah pelanggan beliau yang datang mengunjungi ke gerainya.

Bukan sahaja boleh lock dari live sahaja, malah beliau menyediakan servis drive thru kepada pelanggan yang datang menaiki kereta.

@hanaezydeals Hujan pun on! #nasilemaklock #nasilockmak #hanabreakfast #breakfastrm2 #fyp #kuantanpahang #pejuangsubuh ♬ original sound – Hana Breakfast

Selangor Ada Bang Sudu, Pahang Ada Abang Lock

Meninjau di ruangan komen, ramai yang bertanya lelaki ini dimana gerai yang sebetulnya berada kerana mereka ingin cuba nasi lemak beliau.

“Ini macam moden punya gaya lock.”, komen netizen bernama Wanz mengatakan bahawa gaya permasaran yang dibuat oleh lelaki ini lain dari yang lain.

lock nasi lemak lock nasi lemak lock nasi lemak lock nasi lemak

Semoga makin ramai anak muda Malaysia yang menjadi seperti lelaki ini, menjual menggunakan taktik yang kreatif dan disukai orang ramai.

Selamat maju jaya hanaezydeals!

Kredit: hanaezydeals

Baca Juga: “Block I..”, Perbualan Mesej Rider Dengan Pelanggan Bikin Ramai Geli Hati, Rasa Kelakar & Malu..

tags: | |