Konsep kopi van (menjual kopi menggunakan van) merupakan satu konsep yang jarang dilihat berbanding konsep kedai atau kafe kopi yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan di merata-rata lokasi dan tempat saban hari.
Dan, jika memandang konsep kopi van atau secara umumnya dipanggil mobile barista, ia mempunyai aura dan suasana yang berbebeza dan megujakan. Ini kerana biasanya, konsep ini dikuasai oleh orang-orang lama yang mahir dalam ilmu kopi secara mendalam.
Di negeri Cik Siti Wan Kembang ini, ada sekurang-kurangnya 3 lokasi kopi van yang memasuki bidang perniagaan perkopian dengan menggunakan konsep mobile barista yang cool dan ranggi!
Jika anda mencari-cari kedai kopi yang mana dibuka seawal jam matahari menyinar, kira-kira jam 7.50 pagi, maka di sini lah jawapannya! Memang sesuai untuk orang yang memerlukan tenaga daripada kafein untuk memulakan kerja di pagi hari.
Lokasi Lazot Coffee juga sangat senang dan strategik iaitu di Jalan Tok Kenali. Jalan tersebut merupakan salah satu jalan utama yang digunakan oleh mereka yang bekerja di Bandar Kota Bharu.
Barista di sini juga mempunyai pengalaman kopi yang mendalam dan sangat terbuka untuk berbincang hal kopi. Berkongsi ilmu agar boleh memperbaiki apa yang perlu.
Ini satu lagi kedai yang berkonsepkan kopi dalam van. Ia menggunakan satu van merah yang menarik perhatian digunakan oleh pemilik. Sesiapa yang berhasrat untuk berkunjung dan merasa sendiri suasananya, bolehlah berkunjung ke Van’s Street Coffee. Taip sahaja di aplikasi Waze atau Google Map. Lokasi yang ditunjukkan adalah di Jalan Sutan Yahya Petra. Pasti akan jumpa!
Untuk Kupi Gu, kedai kopi ini bertapak di Machang, Kelantan. Pemilik kopi mengguanakan van jenis Daihatsu berwarna biru. Ia memberikan aura yang klasik setiap kali melihat dan mengunjunginya.
Untuk ke sini, anda perlu masuk ke satu lorong kecil, sedikit jauh dari jalan besar. Hirup kopi sambil ditemani bunyi kenderaan lalu-lalang di jalan besar yang perlahan dan sayup-sayup sahaja bunyinya.
Jadi, inilah beberapa kedai kopi berkonsepkan van yang anda boleh kunjungi jika anda di Kelantan ataupun berkunjung ke Kelantan.
Konsep yang sangat menarik perhatian dari segi aura klasiknya yang old school ini patut diraikan bersama!
Sumber: Kembara Kedai Kopi
Baca lagi: Port Sarapan Paling Best di JB Yang Wajib Anda Singgah, Rugi Tak Cuba!