Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tempat Makan » 5 Lokasi Makan Durian Sedap Di Kuala Lumpur & Selangor. Boleh Makan Sampai Puas!

5 Lokasi Makan Durian Sedap Di Kuala Lumpur & Selangor. Boleh Makan Sampai Puas!

Kategori: ,
lokasi makan durian

Tiba musim raja buah, sememangnya ramai yang sedang mencari lokasi untuk makan durian bersama-sama keluarga dan rakan.

Mahu makan sampai kenyang? Ini antara lokasi makan durian yang terletak di Kuala Lumpur & Selangor yang pembaca boleh pergi.

5 Lokasi Makan Durian Sedap Di Kuala Lumpur & Selangor. Boleh Makan Sampai Puas!

  • Rizky Durian

Bagi sesiapa yang tinggal berhampiran dengan Kota Damansara dan belum pernah pergi ke Rizky Durian, sememangnya anda kena cuba. Di sini, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis durian pada harga yang sangat berpatutan.

Alamat: PJU5, Jalan Teknologi 3/9, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasi: 2pm – 12am

  • SS2 Durian House Stall 

SS2 di Petaling Jaya ini merupakan salah satu tempat paling meriah untuk anda menikmati durian dengan kawan-kawan atau keluarga. Mereka juga menyediakan bufet durian di mana anda hanya perlu membayar RM50 untuk ‘aall you can eat’ D24 atau XO. Anda juga boleh membeli sekilo D24 dengan harga serendah RM12.

  • 318 Durian Stalls

Jika anda peminat Musang King, di sinilah antara lokasi makan durian yang anda kena pergi. Musang King dijual di 318 Durian Stalls dan sememangnya isi durian di sini – leman berkrim. Harga pula sememangnya berpatutan dan bergantung kepada gred durian yang dijual.

Alamat: Jalan Gembira, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 11am-11.45pm

  • CKS Durian lokasi makan durian

Bagi anda yang tinggal di Cheras dan sedang mencari durian, CKS Durian menyediakan pelbagai jenis durian yang segar dan sudah dikopek. Jadi, anda tak perlu buang masa untuk membelah sendiri di rumah nanti tau. Memang sekali servis mereka bagi. Antara durian yang popular di sini ialah Black Gold, Tekka dan Musang King.

Alamat: 20, Jalan Indah 1/6 Taman Indah, 43299 Cheras, Selangor

Waktu operasi: 1pm – 10.30pm

  • Chen Brothers Durian & Fruit lokasi makan durian

Antara gerai durian yang paling ramai dicari di Kuala Lumpur ialah Chen Brothers Durian & Fruit yang terletak di Kepong Baru.

Jika anda mahu ke sana dengan menaiki KTM, anda haruslah berhenti di stesen Kepong kemudian berjalan kaki kira-kira 15 minit untuk sampai ke sana.

Alamat: Jalan Mergastua, Kepong Baru, 52100 Kuala Lumpur

Waktu operasi: 12.30pm  – 10pm

Haaa sekarang anda dah tahu mana lokasi makan durian mantap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor kan? Jadi, tunggu apa lagi? Sementara musim durian ni, jom pergi ke lokasi di atas dan cuba durian di sana.

Sumber: SAYS 

Baca juga: Wanita Mat Salleh Masak Sandwich Petai Jadi Bualan Ramai, Katanya Sedap & Semua Kena Cuba

tags: | |