Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lori Tepung Segera Kemalangan, Orang Ramai Sanggup Berhenti Untuk Ambil Sisa Barangan

Lori Tepung Segera Kemalangan, Orang Ramai Sanggup Berhenti Untuk Ambil Sisa Barangan

Kategori:
Lori Tepung Segera Kemalangan

Isu kemalangan di jalan raya bukanlah sesuatu yang baharu. Belek sahaja di mana-mana muka surat khabar pasti ada laporan mengenai kejadian malang itu.

Bagi mereka yang terlibat dalam peristiwa gerun itu, pasti ia akan meninggalkan kesan yang mendalam dan ada juga yang trauma untuk berada di jalan raya, kesan dari kemalangan tersebut.

Walaupun begitu, ketika si mangsa terkesan atau sedang menunggu bantuan dari pihak berkuasa, ada beberapa individu yang akan tampil untuk ambil kesempatan.

Lori Tepung Segera Kemalangan, Orang Ramai Sanggup Berhenti Untuk Ambil Sisa Barangan

Terbaharu, seorang lelaki anakdato3096 telah memuat naik sebuah video untuk berkongsi keadaan sesak di sebuah jalan raya setelah berlakunya satu kemalangan di situ.

Dipercayai melibatkan sebuah lori yang membawa produk tepung segera dan minuman, muatan lori itu terjatuh dari kenderaan dan terbiar di sekitar tepi jalan raya. Lori Tepung Segera Kemalangan

Melihat masih banyak barangan yang masih elok, lelaki itu turut serta mengambil barangan, termasuklah beberapa paket tepung segera dan minuman kotak. Lori Tepung Segera Kemalangan

Dengan ada beberapa individu yang berhenti dan mengambil barang, orang ramai juga mula serta mengambil apa yang masih elok; bukan sahaja tepung segera tapi juga minuman kotak yang dibawa. Lori Tepung Segera Kemalangan

@anakdato3096_♬ bunyi asal – *PeningLaLat*

Namun di ruangan komen, orang ramai pula berpendapat bahawa tindakan lelaki itu dan mereka yang telah mengambil barangan itu tidak salah kerana ia merupakan rezeki.

Menurut mentarimerah, perkara itu juga telah dibenarkan pemilik kilang itu; “Bos kilang dah bagi tahu, ambil lah. Ambil yang elok je. Tak boleh jual lagi, boss kilang dah bagi.”.

Dah Dapat Kebenaran Pemilik Kilang, Tak Salah Untuk Diambil Lori Tepung Segera Kemalangan Lori Tepung Segera Kemalangan

Asalkan perkara itu telah dibenarkan pemilik kilang jadi siapalah kita untuk menghakimi tindakan orang ramai yang telah mengambil barangan di sana. Namun, seeloknya, kita juga memastikan pemandu juga berada dalam keadaan selamat dan tunggu bantuan tiba dahulu untuknya.

Kredit: anakdato3096

Baca Juga: “Tauke Pergi Haji Balik Hari..” – Kedai Runcit Jual Minuman Tin RM6 Satu Buat Lelaki Ini Terkejut

tags: