Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Beratnya Beban Yang Dipikul, Lose Contact Dengan Suami. Bayinya Pula Tidak Minum Susu Sejak Semalam 

Beratnya Beban Yang Dipikul, Lose Contact Dengan Suami. Bayinya Pula Tidak Minum Susu Sejak Semalam 

Kategori:
bayi tak minum susu

Sejak banjir melanda beberapa buah negeri di pantai timur baru-baru ini, dapat dilihat banyak kerosakan harta benda yang berlaku. Bukan sahaja harta benda penduduk malah jalan raya juga turut rosak. Jambatan yang dibina yang disangkakan kukuh juga turut musnah sekelip mata. Tidak dapat dibayangkan beban yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir ini.

Sewaktu banjir, hidup dalam kesejukkan dan mencari jalan bagi menyelamatkan diri dan ahli keluarga. Peritnya ujian mangsa banjir ini. Belum termasuk lagi dengan dugaan terputus bekalan makanan dan keperluan asas. Malah lebih meluluhkan lagi adalah apabila anak kecil kelaparan kerana tidak dapat minum susu.

Suami lose contact, bayinya juga tidak minum susu sejak semalam

Seperti mana yang dikongsikan oleh mynafasalon menerusi aplikasi TikTok, berkenaan dengan sebuah keluarga yang turut terjejas akibat banjir. Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang wanita yang bercerita sambil menangis mengenai kejadian banjir yang menimpa. Tidak sempat menyelamatkan harta benda dan segala barangan lain kerana kalut dan terkejut dengan apa yang berlaku.

Banyak perkara yang difikirkan sewaktu kejadian, air semakin naik dan anak kecil menangis, . Kereta pula tenggelam. Lebih teruk lagi, ibu ini bukan sahaja tidak dapat berhubung dengan suaminya namun anaknya juga tidak minum susu sejak semalam lagi. Dalam masa yang kedengaran juga suara pemilik video yang sempat memberikan kata-kata semangat kepada wanita ini dan mendoakan agar diberikan kekuatan.

@mynafasalon

Bayangkan korang demgan suami lose contac,baby 2 tahun dop isap susu dri semalam..

♬ original sound – @emy – @emy

@mynafasalonBayangkan korang demgan suami lose contac,baby 2 tahun dop isap susu dri semalam..

♬ original sound – @emy

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga TikTok yang menonton video berkenaan berasa sedih dan kasihan dengan apa yang berlaku kepada wanita ini. Ada juga yang sempat bertanya macam mana cara untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan wanita ini agar bersabar dan dipermudahkan segala urusan.

Hanya yang melaluinya sahaja akan merasai betapa berat dan peritnya untuk lalui semua dugaan ini. Didoakan semoga akak ini terus kuat, begitu juga dengan mangsa banjir yang lain. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak mynafasalon yang menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir ini.

Kredit: TikTok mynafasalon

tags: | | |