Di Malaysia wujud pelbagai bangsa dan agama. Oleh itu, terdapat pelbagai budaya dan pilihan makanan yang menarik untuk dicuba di negara ini. Namun, tak semua makanan boleh dimakan oleh sesetengah orang kerana larangan adat atau agama masing-masing.
Umum sudah tahu bahawa tak semua makanan boleh dimakan oleh mereka yang beragama Islam. Daging khinzir antara makanan yang haram untuk dimakan oleh penganut Islam. Meskipun haram bagi mereka, makanan kaum lain masih lagi perlu dihormati.
Di laman TikTok, seorang lelaki, xsqandar, memuat turun video pendek yang memaparkan gelagat sahabatnya yang didapati loya sehingga termuntah-muntah apabila terbau daging khinzir yang direbus.
Berbau busuk, lelaki dalam video itu tidak dapat menahan diri dari berasa loya tekak sehingga terludah.
@xsqandar Member terbau customer tengah rebus daging babi. Haha. Loya tekak ea 🤣
@xsqandarMember terbau customer tengah rebus daging babi. Haha. Loya tekak ea 🤣♬ original sound – Isqandar Nasharudin
‘Gurauan’ dua sahabat tersebut dalam video tersebut tidak diterima baik oleh sesetengah orang. Bukan sahaja bangsa lain, malah mereka yang seagama turut menasihatinya agar menjaga hati dan menghormati makanan yang dinikmati kaum lain.
Tambah beberapa warganet, mereka tidak hairan jika ada beberapa orang yang berasa loya apabila terhidu daging khinzir. Bau yang busuk tersebut boleh menyengat.
Walaupun daging tersebut berbau busuk, kita sebagai negara yang berbilang kaum dan agama harus menghormati budaya dan makanan satu sama lain. Ini bagi menjaga keharmonian yang dinikmati selama bertahun-tahun dan tidak menimbulkan masalah perkauman.
Jika menghormati yang lain, diri dan budaya kita turut akan dihormati.
Kredit: TikTok xsqandar
Baca Juga: Remaja Kejang & Mulut Berbuih, Cacing Pita Bersarang Dalam Otak Kerana Makan Daging Kurang Masak!