Tidak dinafikan, setiap ibu atau penjaga pastinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak. Tidak kira sama ada dari segi pembelajaran, kehidupan mahupun makanan. Setiap apa yang ingin diberikan kepada anak-anak akan dipastikan terlebih dahulu sama ada memburukkan ataupun tidak.
Dari kecil disediakan kehidupan dan makanan yang terbaik untuk si anak. Bukan sebab mengongkong atau sebagainya namun sebab terlalu sayang dan risau akan kesihatan anak-anak. Ada para ibu bapa yang tidak membenarkan anak-anaknya menyentuh jajan sedikit pun.
Sehinggakan ada ibu yang meluahkan rasa kesal apabila ada pihak ibu bapa lain yang memberikan hadiah jajan kepada anaknya sewaktu sambutan hari lahir di sebuah pusat asuhan. Menerusi perkongsian dari group facebook Negeri Sembilan Kini, ibu yang disifatkan terlalu paranoid itu meluahkan rasa tidak puas hati sehingga menyebabkan orang ramai berasa geram.
Ibu berkenaan meluahkan rasa kesal dan tidak faham kenapa ada ibu bapa yang memberikan anak makan jajan. Sempat bertanya, adakah disebabkan anak ibu bapa berkenaan makan jajan jadi dia fikir anak-anak orang lain pun sama.
Salam admin. mohon siarkan…..
sekadar hendak meluahkan. siarkan gambar sekali ye. thank you admin. jajan dari majlis hari jadi di sebuah pusat asuhan anak sy tadi. sy tak faham, betul2 tak faham kenapa ada parents yg mcm nie. Adakah disebabkan anak dia makan jajan tu, jadi dia fikir anak2 org lain pun sama?
Tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa berkenaan yang memberikan anak di pusat asuhan hadiah jajan, si ibu tersebut menyatakan, apakah pihak tersebut tidak boleh berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Sempat juga bertanya, apakah tiada rasa bersalah memandangkan jajan tersebut tidak bagus. Turut menyatakan, banyak bahan pengawet dan sebagainya.
tak kanlah dah jadi ibu dah jadi ayah tak boleh fikir mana yg baik & yg buruk. ajar budak2 makan benda2 macam nie. dahlah awak bagi anak awak makan benda tu, pergi agih2 pula kat taska.tak ada rasa bersalah ke? orang tak sekolah pun tahu mkn jajan nie tak bagus, bahaya. banyak bahan pengawet. gula2 rosakkan gigi. budak kecik pun tahu. geram tau. tadi sy dah call owner pusat asuhan,dia akan cakap personal dengan org tu. so, tolonglah parents di luar sana jangan ajar anak2 mkn jajan. kesiankan anak tu. tak kan nak tunggu anak tusakit baru nak berubah. yang terakhir, kurang²kan lah bagi jajan masa sambut hari jadi anak.
Namun apa yang membuatkan ramai dalam kalangan warganet tidak berpuas hati adalah pada ayat terakhirnya. Apabila dia menyarankan untuk memberikan hadiah buahan seperti buah apel dan oren. Si ibu tersebut turut menyarankan agar anaknya diberikan buku, soft toys dan voucher jusco.
cuba bagi benda lain buah buahan Apple ke,Orange ke buku ke, soft toys ke, voucher jusco ke…oklah juga, bolelah ibunya tumpang sekali shopping kan..
Pelbagai maklum balas dan reaksi dari warganet apabila membaca ayat kerek si ibu tersebut. Namun rata-ratanya berasa marah dan mengecam si ibu berkenaan kerana seolah-olah tidak menghargai pemberian orang.
Sebagai ibu dan kaya dengan adab, kalau tak suka dan tidak makan sekalipun, jangan dicanang satu dunia. Jangan diungkit begitu begini. Kita tidak tahu apakah keadaan sebenar ibu bapa berkenaan, mungkin saja hanya jajan yang dia mampu berikan.
Bukankah lebih baik, jika kita menghargai pemberian orang? Tak nak makan tidak mengapa namun jangan dicanang satu dunia.