Bosan juga kalau asyik makan hidangan berasaskan nasi bukan? Makaroni goreng versi kurang pedas ini sesuai sangat dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.
Selain rasanya yang enak, makaroni goreng sangat senang untuk disediakan dan boleh dijadikan santapan pagi dan juga pada waktu yang diinginkan. Memang tak rugi kalau nak masak.
Apa kita kita cuba resepi kali ini di rumah? Selamat mencuba.
Makaroni Versi Mudah
Bahan-bahan:
- 400 gram isi dada ayam (dipotong kiub)
- Garam secukup rasa
- Lada hitam secukup rasa
- 1 biji bawang kuning (dicincang halus)
- 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
- 3 sudu besar cili boh
- 1 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1 cawan sayur campuran beku
- 1/2 cawan batang siew pak choy
- Air rebusan macaroni secukupnya
- 2 cawan daun siew pak choy
- 3/4 pek macaroni rebus
Cara Penyediaan:
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng 300 gram isi dada ayam dengan garam dan lada hitam sehingga separuh masak. Ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, masukkan 1 biji bawang kuning dan 3 ulas bawang putih. Tumis sehingga wangi.
- Masukkan 3 sudu besar cili boh dan goreng sehingga pecah minyak.
- Masukkan 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tomato, 2 sudu besar sos tiram dan 2 sudu besar kicap manis. Masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.
- Masukkan 1 cawan sayuran campur beku dan 1/2 cawan batang siew pak choy. Goreng seketika.
- Masukkan 2 cawan daun siew pak choy dan ayam yang telah digorengkan tadi. Masak sehingga daun siew pak choy menjadi layu.
- Masukkan sedikit air rebusan macaroni dan didihkan sehingga kuah menjadi sedikit pekat.
- Masukkan macaroni rebus dan gaul sehingga rata.
Makaroni goreng dah siap. Enjoy!