Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » MAHA 2022 Kurang Pengunjung, Peniaga Sedih Jualan Tak Laku. Ramai Cakap Harga Mahal

MAHA 2022 Kurang Pengunjung, Peniaga Sedih Jualan Tak Laku. Ramai Cakap Harga Mahal

Kategori:
peniaga MAHA 2022 sedih jualan tak laku

MAHA 2022 atau Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia telah membuka tirai pada 4 Ogos sehingga 14 Ogos ini. Selama 11 hari diadakan, pameran dwitahunan yang kali terakhir diadakan pada 2018 itu berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang.

Pameran pertanian terbesar dan berprestij ini juga menonjolkan sebanyak 1,500 gerai pa­meran dengan jangkaan 100,000 keha­diran pengunjung setiap hari.

Manakala konsep yang dibawa pada tahun ini masih dikekalkan seperti dahulu, namun ada sedikit kelainan pada MAHA 2022 mengetengahkan lebih banyak pempamer tempatan berbanding sebelum ini.

Pastinya peniaga yang mengambil tempat dalam pameran kali ini mengharapkan pulangan yang lumayan memandangkan jangkaan kira-kira 100,000  yang hadir setiap hari.

Namun lain pula yang berlaku apabila ada peniaga yang mula meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila barang yang dipamerkan mereka tidak laku.

MAHA 2022 – Peniaga Sedih Jualan Tak Laku, Ramai Cakap Harga Mahal

Seperti mana yang dikongsikan oleh MohdFaizalOmar87 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan perniagaan buahnya yang kurang mendapat sambutan. Faizal telah menurunkan kira-kira 5 tan buah namun kelihatan tiada pengunjung yang membeli.

Malah menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas pelbagai jenis buah yang masih berlonggok di atas meja. Kawasan persekitaran juga tidak kelihatan sosok manusia. Sempat bertanya, 100k pengunjung pergi mana?

@mohdfaizalomar87 Maha 2022 hadir support kami#fypシ #fypシ゚viral #support ♬ original sound – Ikmal Alif

Harga makanan, buahan, barangan di MAHA 2022 agak mahal..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Namun rata-ratanya meninggalkan komen menyatakan harga makanan, buahan dan barangan yang dijual di sana mahal.

Ada juga yang menulis, buat pameran pada musim atau hari persekolahan memang saja cari penyakit. Ya la kan, apabila musim sekolah agak sukar bagi ibu bapa serta anak-anak keluar.

 

Majoriti rakyat dah tak berduit sangat..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen menyatakan, harga mahal, bahkan lebih mahal dari tepi jalan. Tak kan nak g MAHA. Dalam masa yang sama ada juga yang menulis, majoriti rakyat dah tak berduit sangat. Ramai yang susah sekarang. Kos barang-barang asas pun naik.

Menurut peniaga lain, legasiisuri  turut mengalami nasib yang sama. Makanan yang dijual tidak laku namun mereka sudah membeli stok yang banyak memandangkan ramai pengunjung yang dijangka hadir ke pameran ini.

https://www.tiktok.com/@legasiisuri/video/7127930098547838234?_t=8UZEmaMM8NW&_r=1

@legasiisuriMAHA 2022♬ suara asli – Elvis Trajabitu

Betul apa yang dikomen oleh segelintir warga TikTok, rakyat Malaysia pada hari ini makin susah. Banyak komitmen lebih-lebih lagi banyak barangan untuk kegunaan keluarga naik harga. Perbelanjaan anak-anak sekolah pun makin meningkat.

Faham, setiap peniaga mencari duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tapi rakyat dan mereka yang bukan berniaga pun bersusah payah bekerja. Jadi apabila barangan yang diniagakan mahal, mereka mengambil langkah untuk tidak pergi.

Mungkin juga baru hari pertama ia berlangsung dan masih ramai yang tidak tahu akan pameran tersebut. Tunggulah untuk beberapa hari lagi, pasti akan ada rezeki buat peniaga di sana.

Sumber: TikTok MohdFaizalOmar87  & legasiisuri

Baca juga: Kucing Peliharaan Bawa Balik Binatang Aneh, Lelaki Ini Buntu Tak Tahu Nak Bagi Makan Apa

tags: | | | |