Bila dah membesar sebagai orang dewasa, semakin rindu akan zaman-zaman semasa kecil dahulu. Semasa kecil, kita tidak perlu fikir perkara-perkara orang dewasa dan hidup gembira sahaja.
Cuba anda ingat pada zaman anda kecil dahulu, jajan adalah benda paling indah kerana bermacam jenis jajan yang sedap dan murah. Antara jajan paling diminati adalah jelly ikan, asam dan bermacam lagi.
nur.diyanaa teruja menunjukkan jajan paling viral pada zaman kecil dahulu, salah satunya adalah jelly ikan. Kanak-kanak pada zaman sekarang, kanak-kanak tidak mengenali jajan legend ini kerana susah untuk jumpa jenis jajan ini.
Dikatakan, ada mak cik junjung berasal dari Siam ini menjual jajan legend ini dan membuatkan wanita ini teruja untuk membeli jajan childhood beliau.
Tak semua orang kenal jajan jelly ikan ini kerana mungkin ianya hanya viral di negeri utara sahaja. Antara netizen yang memberi komen mengatakan bahawa, beliau menerangkan kepada kawan-kawan beliau tetapi semua sahabatnya tidak tahu jajan jenis ini.
Selain dari jelly ikan itu, ada bermacam asam yang dijual seperti asam merah, asam hitam dan banyak lagi. Bukan jajan sahaja yang dijual oleh beliau, bedak sejuk, tikar, bantal dan banyak lagi. Kesemua barang yang dijual olehnya berasal dari negara Thailand.
@nurdiyanx Dya mari dgn makanan legend gais 🤪
@nur.diyanaaDya mari dgn makanan legend gais 🤪
Meninjau di ruangan komen, semua netizen boleh dikatakan berasal dari negeri utara yang memberi komen dan merindukan jajan ini.
Walaupun dunia dah semakin maju ke depan, tapi kita masih rindukan yang di belakang kerana itulah yang menjadi kenangan dan boleh ceritakan kepada keturunan kita nanti. Ciptakan momen indah anda supaya ia dapat diingati hingga ke hari tua.
Kredit: nur.diyanaa
Baca Juga: Cuba Didik Adik Autism Supaya Pandai Membeli Jajan, Tindakan Kakak Ini Dapat Pujian Orang Ramai