Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Mak Murung Setelah Kehilangan Suami. Tak Sanggup Melihat, Wanita Ini Cuba Cara Ini Untuk Memujuknya..

Mak Murung Setelah Kehilangan Suami. Tak Sanggup Melihat, Wanita Ini Cuba Cara Ini Untuk Memujuknya..

Kategori:
MAK MURUNG SETELAH KEHILANGAN SUAMI 1

Isteri mana yang tidak sayangkan suami, kan? Sudah banyak kenangan manis dan pahit yang telah diharungi bersama, saban hari rasa sayang makin kuat. Kalau boleh tidak mahu berpisah.

Namun begitu, setiap insan pasti akan meninggalkan dunia ini. Kematian itu pasti. Meskipun setiap insan mahu sehidup dan semati bersama insan yang disayangi, semuanya suratan Tuhan. Bila sudah berpisah dengan pasangan masing-masing, rasa sepi itu hanya Tuhan yang tahu. Tanpa sokongan dari orang terdekat, mana mungkin boleh diharungi seorang diri.

Mak Murung Setelah Kehilangan Suami Cuba Pujuk Cara Ini Pula

Baru-baru ini, seorang pengguna, Suhainun Sulaiman, berkongsi kisah sebak yang melanda keluarga mereka baru-baru ini. Baru sahaja kehilangan ketua keluarga mereka, seluruh keluarga berada dalam keadaan sedih, terutamanya ibu mereka.

Meninggalkan mereka pada bulan Julai tahun ini, jelas mereka masih lagi merasai kehilangannya. Melihat ibunya yang masih lagi berduka, selera untuk makan dirumah juga turut hilang.

Untuk menceriakan ibunya, dia mengajak seluruh keluarga keluar berkelah, makan-makan di kawasan air terjun sambil berseronok. Dengan cara ini, dia berharap ibunya kembali tersenyum.

X jadi nk mkn kt rumah bila tgok syurga hati sedih,kami baru kehilangan ayah tercinta awal bulan 7 haritu,BARU SELESAI IDDAH,lpas masak terus siap2 mai berkelah,nk bg mak seronok,harap mak terus kuat,kami selalu ada dgn mak…

Kita Juga Akan Melalui Perkara Yang Sama

Menjengah di ruangan komen, perkongsian wanita itu membuatkan warganet berasa sebak membaca, memahami perasaan keluarga itu, semestinya kehilangan orang yang terdekat akan dihadapi oleh setiap insan. MAK MURUNG SETELAH KEHILANGAN SUAMI 1

Walaupun Tuhan sudah menjanjikan kematian pada setiap insan, namun siapa sahaja yang kuat bila sesuatu kehilangan itu amatlah dirasai? Jadi hargai lah mereka yang berada disekiling kita, terutamanya pasangan dan ibu bapa masing-masing kerana kita tidak tahu bila kali terakhir kita akan meluangkan waktu bersama mereka.

Semoga keluarga itu kuat mengharungi ujian yang berat ini.

Kredit: Suhainun Sulaiman via MATJHN OFFICIAL

Baca Juga: “Untung Awak Akak..”, Abah Ini Selalu Tunggu Dekat Office Untuk Lunch Bersama Anak Undang Sebak Orang Ramai! 

tags: