Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Makan Bawang Putih Ikut Cara Ini, Siapa Tak Suka Bawang Putih Pun ‘Dijamin’ Suka!

Makan Bawang Putih Ikut Cara Ini, Siapa Tak Suka Bawang Putih Pun ‘Dijamin’ Suka!

Kategori:
Makan Bawang Putih

Tidak dinafikan, banyak kebaikan jika makan bawang putih terhadap kesihatan tubuh badan manusia jika diamalkan selalu. Tapi, bau dan rasa bawang putih itu sendiri menyebabkan sesetengah orang tidak menggemarinya.

Namun, sangat rugi jika tidak mengambil khasiat daripada bawang putih ini. Aina W. Husian berkongsikan cara untuk mengamalkan bawang putih dalam masakan harian. Menurutnya, suaminya juga turut boleh makan bawang putih jika ikut cara ini kerana pada awalnya langsung tidak makan. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Makan Bawang Putih Ikut Cara Ini, Siapa Tak Suka Bawang Putih Pun ‘Dijamin’ Suka!

Pagi ni kita nak membawang sikit pasal bawang putih yer. Alkisah dia aina ada tertengok orang up masak bawang putih dalam nasi ni, then makan dengan nasi panas-panas. Uishhh, tak pahit kerr?

Letak bawang putih dalam nasi

Memandangkan aina sendiri suka bawang putih, so kita try la buat. Masak nasi macam biasa, then bila nasi dah kering, masukkan selabu bawang putih (dengan kulit2 skali dan basuh dulu yer) benamkan dalam nasi, tutup periuk dan kecikkan api (kami mmg oldschool, tak suka masak guna ricecooker wpun ricecooker dok ada) . Bila dah naik wap, matikan api. Biar jer bawang tu dalam periuk. Nanti nak makan baru hidang.

“Rasa macam ubi rebus, langsung tak pahit..”

Perghhhh, serius rasa macam ubi rebus, langsung tak pahit. Biasanya aina buat 2 atau 3 hari sekali, share selabu tu dengan suami. Suami yg xsuka bawang putih pn boleh makan

“Masalah senggugut hilang!”

Makan bukan kira sedap je tau. Lepas duk amal makan bawang putih steam ni, angin badan mudah keluar dan masalah senggugut aina totally hilanggg!!!! So gais, sesapa ada masalah senggugut, boleh amalkan makan bawang putih steam ni atleast seminggu 3x yer, insyaAllah boleh berkurang atau sembuh terus.

Diantara khasiat bawang putih:

  1. Sebagai antibakteria
  2. Mengelak serangan jantung
  3. Mengurangkan tekanan darah tinggi dan kanser
  4. Menurunkan kandungan gula
  5. Mengurangkan batuk
  6. Berfungsi sebagai antibiotik
  7. Membantu memecahkan kolesterol

Jadi, jom kita cuba amalkan bawang putih dengan cara ini. Banyak khasiatnya, rugilah jika tidak diamalkan.

 

Kredit: Aina W. Husian

tags: |