Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Suka Makan Bebola Ikan Mentah, Gadis Ini Pening Kepala Dapat Kawan Sebilik Yang Pelik & Lawan Hukum

Suka Makan Bebola Ikan Mentah, Gadis Ini Pening Kepala Dapat Kawan Sebilik Yang Pelik & Lawan Hukum

Kategori:
bebola ikan mentah

Manusia ini datang dengan pelbagai ragam dan rupa. Ada yang normal, ada pula yang sebaliknya. Setiap orang pasti mempunyai sikap yang aneh pada diri masing-masing, jadi siapalah kita untuk menghakimi.

Oleh itu, kita juga perlu sedia menerima satu sama lain walaupun ada sikap atau tabiat mereka yang tidak begitu normal.

Suka Makan Bebola Ikan Mentah, Gadis Ini Pening Kepala Dapat Kawan Sebilik Yang Pelik Dan Lawan Hukum

Terbaharu, seorang gadis 4myle_ telah memuat naik sebuah video pendek di laman TikTok untuk berkongsi gelagat aneh kawan sebiliknya.

Merupakan seorang pelajar universiti, dia dan kawan sebiliknya agak rapat dan sering bersama. Ketika sedang lepak, dia berasa hairan apabila melihat kawannya sedang mengunyah snek sambil melihat telefon bimbit. bebola ikan mentah

Ternyata snek yang dikunyah bukan snek yang biasa, tapi bebola ikan mentah! Dimakan dengan begitu sahaja dari plastik, gadis itu berasa tergamam sekejap bila melihat gelagat aneh kawan sebiliknya. bebola ikan mentah

Akhirnya, dia hanya mampu menggeleng kepala dan terima sahaja dengan tabiatnya itu. Pelik macam mana sekalipun tetap kawan sendiri, kan?

https://www.tiktok.com/@4myle_/video/7155296680965983514?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7052513906526406145

@4myle_ melawan hukum fishball😭😭#foryoupage #fypシ #budakEM #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – hakimi

Di ruangan komen pula, nampaknya bukan kawan sebilik gadis itu sahaja yang suka makan bebola ikan mentah tapi ramai juga yang berbuat begitu!

“Aku kalau nak masak pastu nak letak ni en, yang letak dalam masakan 3/4 biji je. Yang lain semua masuk mulut aku. Hahaha sedap!”, kongsi fika.

Rupanya Ramai Juga Yang Suka Makan Bebola Ikan Mentah.. bebola ikan mentah

Manusia ini memang macam-macam perangai! Rasanya bebola ikan itu tak membahayakan pada kesihatan jika dimakan begitu kerana ia sudah masak. Jadi korang tak perlu risau kalau ada kawan-kawan yang sebegini.

Kredit: 4myle_

Baca Juga: “Macam ‘Karen’..” – Pekerja Texas Chicken Kongsi Permintaan Pelik Yang Pernah Dapat Dari Pelanggan

tags: | | |