Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Terpaksa Makan Cakung Gara-Gara Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri, Tetamu Tetap Tenang & Berselera

Terpaksa Makan Cakung Gara-Gara Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri, Tetamu Tetap Tenang & Berselera

Kategori:
Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri

Setiap bakal pengantin mengimpikan majlis perkahwinan mereka berjalan dengan jayanya. Pelbagai perancangan dan persiapan yang perlu dilakukan, perkara itu memang memeningkan kepala ramai.

Selain dari makanan dan minuman yang disediakan serta dekorasi yang cantik, pengantin juga perlu menyediakan meja dan kerusi yang mencukupi buat tetamu yang akan datang.

Namun begitu, masih ada segelintir majlis kenduri yang tidak menyediakan meja dan kerusi buat tetamu. Hal ini mungkin ingin mengekalkan adat majlis dahulu atau atas sebab-sebab tertentu tapi ia akan menjadi bualan ramai. Ada tetamu yang akan mengkritik perkara tersebut, ada pula yang sebaliknya.

Terpaksa Makan Cakung Gara-Gara Tiada Kerusi Di Majlis Kenduri, Tetamu Tetap Tenang & Berselera

Menerima jemputan ke sebuah majlis kenduri kenalan rapat, jrknz telah ke sana untuk bertemu dengan tuan majlis dan menikmati makanan dan minuman yang telah dihidangkan.

Walaupun begitu, majlis yang dihadiri kali ini sangat berbeza dari yang lain dan melihat suasana di situ, dia berminat untuk memuat naik sebuah video. Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri

Ramai tetamu yang hadir, tuan majlis bagaimanapun tidak menyediakan meja dan kerusi yang cukup. Malah, ada seorang tetamu yang terpaksa makan bercakung. Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri

Namun, tetamu semua kelihatan tenang dan tidak mengeluh dengan perkara tersebut, masih berselera untuk makan. Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri

“Ada orang komplen kenduri kat Ganu takdok meja. Kita makan cakung dok komplem pun. Takdok meja pun makanan sedap mbeng dari sek KL.”, ulasnya.

@jrknz

Ada orang komplen kenduri kat Ganu xdok meja. Kite makan cakung dok komplem pun. Xdok meja pun makanan sedap mbeng dr sek KL. #bekwoh

♬ original sound – لقمان – Lukman Abdullah

@jrknz Ada orang komplen kenduri kat Ganu xdok meja. Kite makan cakung dok komplem pun. Xdok meja pun makanan sedap mbeng dr sek KL. #bekwoh ♬ original sound – لقمان

Meskipun begitu, orang ramai kurang bersetuju dengan tindakan tuan majlis yang tidak menyediakan kerusi dan meja yang mencukupi. Ramai yang tampil dengan nasihat masing-masing.

“Santunilah tetamu dengan cara yang betul.. hormati tetamu.. cuba fikir kalau yang datang dari jauh, ada anak kecik, orang tua dan lain-lain..”, nasihat speedometer651.

Manakala pengguna ilana menegur; “Rasanya tak salah kalau sedia meja pun. Niat nak raikan tetamu dapat pahala.”.

Netizen Nasihat Untuk Sambut Tetamu Sebaik Mungkin Supaya Dapat Pahala  Tak Cukup Kerusi Di Majlis Kenduri

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menguruskan majlis mereka. Oleh itu, janganlah kita mengkritik cara mereka. Pasti ada sebabnya mengapa mereka berbuat begitu. Asalkan makanan sedap dan mengenyangkan perut, tentu tetamu senang hati.

Kredit: jrknz

Baca Juga: “Malu Dia..” – Riuh Mak Cik Nasi Lemak Tegur Penunggang Motosikal Gara-Gara..

tags: | | | |