Dengan adanya media sosial, orang ramai mencari-cari tempat menarik untuk dikunjungi. Malah sekarang bukan sahaja tempat pelancongan, restoran dan kedai makan juga mampu menjadi viral.
Lagi bagus jika restoran tersebut menyediakan hidangan yang sedap serta suasana yang unik dan lain dari yang lain, orang ramai pasti berminat untuk mengunjungi. Namun menurut wanita ini pula, tak semua tempat yang diviralkan itu indah.
Terbaharu, seorang wanita wombatloves, telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi pendapatnya mengenai sebuah restoran yang viral di media sosial.
Berminat kerana restoran tersebut memberi pengalaman unik; dapat makan dalam sungai, dia ingin cuba dan membawa kawan-kawannya bersama ke sana.
Walaupun begitu, dia berasa menyesal dan tidak menyarankan pada orang ramai untuk terlalu taksub dengan semua yang diviralkan di TikTok.
Menurutnya, bangku dan meja yang disediakan oleh pihak restoran sangatlah tidak stabil dan bergantung pada berat pelanggan dan arus air sungai. Kalau air sedang deras, pelanggan mungkin akan terhanyut!
Tambahan pula, aspek kebersihan turut menjadi kerisauan buatnya kerana menurutnya, pekerja di sana akan membuang sisa makanan ke dalam sungai membuatnya berasa tidak selesa.
Konsep dan suasana restoran itu sangat menarik. Wanita itu tidak menafikannya tapi untuk cuba sekali lagi? Mungkin tidak.
https://www.tiktok.com/@wombatloves/video/7130566142678043930?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7014289098874471937
@wombatloves Did I mention that one of us got a foot infection?🥲 indeed it’s a unique, wild experience but I wouldn’t revisit. This is just my personal opinion. What do u think?😆 #fyp #tiktokmalaysia #foodie #klfoodie #ampang #bbqlambklkemensah ♬ Carrying Your Love – David Morris
Menjengah di ruangan komen, orang ramai tampil menceritakan pengalaman masing-masing. Ada juga yang berasa kecewa dengan tindakan pekerja yang membuang sisa makanan sungai perlu diambil tindakan segera oleh pihak berkuasa.
Setiap orang mempunyai pengalaman yang berbeza-beza. Setelah pihak Daily Makan berjaya berhubung dan mendapatkan penjelasan pihak restoran, kami amat menekankan bahawa tak semua yang diceritakan melambangkan intergiti dan perkhidmatan sebenar pihak restoran.
Jangan hanya kerana dari satu pendapat ini anda bersangka buruk pada restoran tersebut. Berilah ia peluang dan mungkin pengalaman yang anda akan alami adalah jauh lebih menyenangkan dari perkongsian ini.
Kredit: wombatloves
Baca Juga: “Nak Makan Pun Takut..” – Minta Ayam Geprek Extra Pedas, Gadis Ini Menyesal Sebab Peniaga..