Semakin hari, semakin banyak inovasi makanan yang unik dan boleh dianggap pelik. Ia memungkinkan bahawa makanan tersebut akan bertambah sedap atau sebaliknya.
Seperti satu perkongsian video review makananan yang menghairankan ramai orang, seorang lelaki telah menunjukkan dia memakan Koko Krunch bersama kari.
Reaksi dan komennya terhadap gabungan makanan itu menghairankan netizen kerana dia mengatakan bahawa makanan itu sedap. Jika mengikut kepada kebiasaan, Koko Krunch dimakan bersama dengan susu segar yang penuh berlemak.
“Perghh sedap! Campuran kari bersama Koko Krunch lagi berlemak dan enak jika dibandingkan dengan susu. Memang shiok weh!”, katanya dalam memberi komen tentang gabungan makanan tersebut.
Menerusi video itu, dia menunjukkan bagaimana dia mencampurkan Koko Krunch dengan Kari Ayam sebagai hidangan sarapan dalam memulakan aktiviti harian.
Lelaki yang dikenali dengan Food Makes Cal Happy di TikTok itu sebenarnya sudah mencuba pelbagai gabungan makanan yang boleh dianggap pelik.
@foodmakescalhappy Curry Cereal! 🧡🧡🧡 #sgfoodie #cookinghacks #easyrecipes #breakfastideas #cereal
@foodmakescalhappy Curry Cereal! 🧡🧡🧡 #sgfoodie #cookinghacks #easyrecipes #breakfastideas #cereal ♬ My Little Friends – Yona Yulisia
Melihat komen orang ramai, netizen melontarkan pelbagai komen yang penuh dengan rasa hairan. Ada yang menganggap review makanan ini unik dan ada juga yang sebaliknya.
“Memang ramai orang kreatif kan..”, komen seorang netizen dengan nama Bill.
“Hello polis, tangkap ini orang!”, tulis netizen lain dengan nama Arshini di ruangan komen video Koko Krunch dengan Kari Ayam.
“Nice brother. I never trying”, komen Tumijayanti.
Korang terasa nak cuba tak lepas tengok ni? Haaa cubalah kalau nak tahu rasanya macam mana.
Sumber: FoodMakesCalHappy
Baca juga: Resepi Kubis Gulung Cicah Sos Thai, Makanan Sedap Untuk Orang Diet!