Sesiapa yang tercari-cari resepi sedap, kenyang dan berkhasiat untuk makanan semasa tempoh diet, perkongsian kami pada kali ini memang sesuai untuk anda. Makanan berasakan sayuran kubis memang sesuai dijadikan makanan diet.
Untuk orang yang tak diet pun boleh juga makan. Apa salahnya kadang-kadang makan makanan berkhasiat kan. Rasanya macam makan shawarma tapi versi lebih sihat. Dada ayam cincang menambahkan rasa supaya ia bukan sekadar sayur sahaja.
Jika nak guna daging cincang pun boleh. Lauk dalam kubis gulung tu terserah anda. Tapi kalau anda tengah diet, makan lah yang rendah kalori nya ya. Okay, jom kita baca dann buat bersama.
Resipi Kubis Gulung Cicah Sos Thai, Makanan Sedap Untuk Orang Diet!
Bahan-Bahan Inti:
- dada ayam cincang atau pakai daging cincang jenama Ramly pun boleh.
- bawang putih
- bawang merah
- serbuk lada hitam
- serbuk lada sulah
- serbuk maggi cukup rasa
- serbuk cili
- lobak merah
- kubis purple
Cara Penyediaan:
- Mula-mula, tumis bawang putih dan merah sampai naik bau.
- Masukkan isi ayam masak sampai air ayam sedikit kering.
- Lalu, masukkan lobak dan kubis purple goreng sekejap.
- Masukkan lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan Maggi cukup rasa.
- Sesuaikan rasa sebati mengikut citarasa dan kehendak masing-masing.
- Kulit kubis tu boleh pakai kubis apa-apa pun. Yang penting kena celur dulu bagi lembut supaya senang nak gulung.
- Lepas dah gulung boleh ikat dengan daun kucai. Tak ikuat pun tak apa. Lepas tu kukus dalam 3 minit untuk lembutkan lagi kubis itu.
- Selamat mencuba resepi berasaskan sayur kubis!
Haaa dah siap kita punya kubis gulung! Ada sesetengah orang, dia campurkan sedikit nasi yang sudah dimasak. Memang mengenyangkan dimakan begitu saja. Sedap! Macam makan sushi gitu. Terserah anda, nak makan dengan sos thai atau mana-mana sos pun boleh, nak makan kubis gulung sahaja pun boleh.
Selamat mencuba dan menikmati!
Sumber: Inspirasi Resepi
Baca juga: Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan, Kukus Dalam 20 Minit Je, Boleh Sediakan Masa Jamuan