Makan di kedai atau restoran adalah sangat mengasyikkan. Mana tidaknya, dapat makan pelbagai hidangan dan makanan yang disukai tanpa perlu berpenat lelah di dapur.
Tinggal pilih je nak makan apa, janji poket tebal. Nak ke restoran mahal ke murah ke itu atas kehendak masing-masing. Malah lambakan restoran dan kedai makan di Malaysia juga seolah-olah memudahkan rakyatnya yang malas memasak.
Namun perlu diingatkan, apabila makan di luar tidak selalunya perkhidmatan yang disediakan oleh penjual makanan ini selalu kena dengan selera dan keinginan kita. Kadangkala perkhidmatan yang disediakan oleh segelintir peniaga ini sangatlah low.
Tidak kira sama ada dari segi layanan atau pun kebersihan makanan yang dihidangkan. Bab kebersihan makanan, bukan sahaja di rumah ia perlu dititik beratkan, malah peniaga makanan juga perlu jaga kebersihan makanan yang mereka jual.
Namun begitulah kehidupan, tetap juga akan ada peniaga yang memandang sebelah mata akan isu ini. Bukan gerai-gerai kecil sahaja yang tidak mengendahkan isu kebersihan ini malah ada juga restoran terkenal dan mewah yang seakan-akan tidak mengambil berat akan kebersihan.
Seperti mana yang dikongsikan oleh wanita yang dikenali dengan nama Nuramaliaa02 menerusi aplikasi TikTok berkenaan dengan penemuan ulat di dalam makanan yang dimakannya di sebuah restoran yang agak terkenal.
Malah di setiap negeri pasti akan ada cawangan restoran ini. Namun begitu, sungguh mengecewakan apabila ulat yang ditemui dalam laksa yang dimakan oleh Nuramaliaa ini bukan biasa-biasa. Saiznya kelihatan agak besar.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat dengan jelas ulat tersebut masih bergerak dan merayap di atas sayur laksa tersebut. Apabila berada di situasi sebegini pastinya ia sangat menggelikan.
Bahkan wanita ini juga sempat memberitahu, tengah makan tiba-tiba jumpa ulat dan turut meletakkan emoji sedih pada perkongsian tersebut.
@embroidery_my Tengah makan tiba2 jumpa ulat😫 #viral #kelantan #fyp #masukberanda #fypage #fypdongggggggg
@embroidery_my Tengah makan tiba2 jumpa ulat😫 #viral #kelantan #fyp #masukberanda #fypage #fypdongggggggg ♬ original sound – Kuliner Kelantan
Menjengah ke ruangan komen, pastinya pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang meninggalkan komen menyatakan tak pasal-pasal setiap kali dia makan tiada selera sebab teringat. Sudahlah memang kurus, tambah kurus lah nanti.
Restoran yang agak terkenal dengan menyediakan pelbagai jenis laksa ini pastinya bakal mengecewakan pelanggan mereka jika perkara sebegini masih berterusan.
Pelanggan kalau dah sekali jumpa atau berhadapan dengan situasi kotor sebegini, pastinya itulah kali terakhir dia kunjungi restoran berkenaan. Jadi kalau kita nak pelanggan kita sentiasa mengunjungi kedai kita, pastikan makanan yang disediakan bersih, sedap dan memuaskan hati.
Tiada guna kalau bayar mahal-mahal namun perkhidmatan dan makanan yang disediakan tidak setanding dengan harga.
Kredit: TikTok Nuramaliaa02
Baca juga: Cuci Perut Lembu Di Sungai Jadi Pertikaian Netizen, Katanya Kotor & Tak Sesuai