Daily Makan
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review
No Result
View All Result
Daily Makan
No Result
View All Result

Makan Nasi Goreng Kampung Harga Kayangan Dalam Pinggan Plastik, Pelanggan Pelik Harga Tak Tetap

Cik Lawa by Cik Lawa
Jun 19, 2022
in Berita
3 min read
0 0
0
Makan Nasi Goreng Kampung Harga Kayangan Dalam Pinggan Plastik, Pelanggan Pelik Harga Tak Tetap
0
SHARES
11.7k
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Lambakan kedai makan pada zaman sekarang di setiap tempat tidak membuatkan kita bersusah payah untuk makan. Tinggal pilih sahaja kedai makan atau restoran yang korang inginkan. Langsung tidak menjadi masalah andai korang malas nak masak.

Kunjungi sahaja mana-mana kedai dan asalkan poket korang tebal dan penuh. Hal tersebut adalah kerana makanan yang dijual pada zaman kini tidaklah terlalu murah. Barangan mentah meningkat dan secara automatik makanan yang dijual juga turut meningkat.

Tidak hairan jika tahun 2022 ini orang meletakkan harga makanan yang agak tinggi berbanding dengan beberapa tahun yang lepas. Selain peningkatan bahan mentah, banyak lagi sebab lain yang menyebabkan mereka terpaksa menaikkan harga makanan.

Walaubagaimanapun, ada segelintir peniaga yang meletakkan harga makanan yang dijual pada harga yang langsung tidak masuk akal. Terlalu ingin untung sehinggakan sanggup menganiaya pelanggan dan orang ramai.

Malah terbaharu ada kisah berkenaan dengan sebua kedai yang meletakkan harga makanan yang dianggap kayangan. Bukan sahaja berharga kayangan malah bayaran bagi nasi goreng yang sama pada kedua-dua individu adalah sangat berbeza.

Pelanggan Pelik, Makan Nasi Goreng Dalam Pinggan Plastik Tapi Harga Kayangan & Tak Tetap

Seperti mana yang dikongsikan oleh pyiencess di aplikasi TikTok berkenaan dengan kejadian yang berlaku kepadanya dan kawan-kawannya di sebuah kedai makan yang terletak di Kelantan. Menurutnya, dia mengalami kejadian yang pelik apabila harga nasi goreng yang dimakannya tidak masuk akal.

Nasi Goreng Kampung yang dipesan olehnya berharga RM8.20 manakala kawannya yang menikmati nasi goreng yang sama dikenakan caj sebanyak RM11.40. Harga yang tidak tetap itu membuatkan dia kepelikkan dan menganggap ianya harga kayangan.

Malah lebih teruk lagi, apabila makanan yang dihidangkan hanya dalam bekas plastik pakai buang sahaja. Sepatutnya, apabila dikenakan cas yang mahal pastinya pinggan atau peralatan yang digunakan juga setaraf.

@pyiencess

Reply to @aiz4dddd hahaha jd org kayangan kejap smlm, mkn n.g.kg dlm pinggan terbang rm8.20 🤣 yg pelik kwn kita yg mkn n.g.kg mcm kita kena bayar rm11.40. Bila mntk resit tkbg 🤷🏻‍♀️

♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

BacaJuga

GURAU KASAR DENGAN TEMAN WANITA

“Nak Manja Pun Kena Bodoh..” – Gurau Kasar Dengan Teman Wanita Di Kedai Makan, Ramai Yang Nasihat Lelaki Ini

Julai 2, 2022
142
“Seller Perati Je..”, Wanita Cantik Ini Kopek Sendiri Buah Durian Buat Ramai Tercengang

“Seller Perati Je..”, Wanita Cantik Ini Kopek Sendiri Buah Durian Buat Ramai Tercengang

Jun 23, 2022
36.8k
@pyiencess Reply to @aiz4dddd ♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

Pergi report KPDNHEP je sis..

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi dan pendapat dari warga TikTok yang menonton video berkenaan. Ada yang menyarankan agar kedai ini diviralkan terus, baru tahu mana silapnya. Malah dalam masa yang sama ada juga yang menyarankan gadis ini melaporkan kepada KPDNHEP.

Kami tahu rate harga kedai kat situ sebab..

Tidak kurang juga ada yang meninggalkan komen mengatakan kedai di kawasan tersebut memang mahal malah dia yang mana berada di kawasan tersebut pergi minum air sahaja. Namun dijawab oleh gadis ini, katanya harga yang diletakkan pada buku sangat berbeza.

Sebagai peniaga yang mencari rezeki, carilah rezeki yang halal dan berkat. Jika begini caranya macam mana perniagaan nak kekal lama? Jangan disalahkan pada sesiapa pun andaikata restoran atau kedai yang dibuka tidak kekal lama.

Jujurlah dalam berniaga, walaupun cara tersebut membuatkan tuan kedai lambat untuk dapat keuntungan yang tinggi namun itu lebih baik. Daripada untung cepat tetapi tidak bertahan lama. Moga pemilik kedai berkenaan diberikan hidayah.

Sumber: TikTok pyiencess

Baca juga: Parking Kereta Sedekat Yang Mungkin Agar Senang Nak Suap Ayah, Ramai Yang Mendoakan Wanita Ini

Tags: Gadiskayangannasi goreng
ShareTweetSend

Related Posts

harga barang naik
Berita

“Kalau Dah Tahu Harga Barang Naik..”, Kenyataan Pengarah KPDNHEP Melaka Undang Kecaman Netizen

Julai 2, 2022
0
tak sediakan meja
Berita

Pergi Kenduri Tapi Tuan Majlis Tak Sediakan Meja Untuk Tetamu Makan, Rupanya Ini Sebabnya..

Julai 2, 2022
10
kotak telur
Berita

“Penat Aku Dengan Malaysia Sekarang..”, Kotak Telur Kena Cas 30 Sen, Pengguna Bengang

Julai 2, 2022
201
  • Hubungi
  • Pengiklanan
  • Privasi
  • Terma Web

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

No Result
View All Result
  • Resepi
  • Tips Makanan
  • Tempat Makanan
  • Review

© 2022 Copyright Daily Media. Owned by Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

Add New Playlist