Kuih Pai Tee merupakan hidangan yang tidak asing lagi dalam masakan Nyonya. Diperbuat daripada kulit pastri yang digoreng sehingga ranggup dan kemudiannya diisi dengan inti sayur campur udang, ia juga boleh didapati juga di restoran terkenal, The Chicken Rice Shop.
Memandangkan kuih ini agak sukar ditemui, tak ramai yang tahu cara menikmatinya. Walaupun tak salah setiap cara tapi jangan lah sehingga melanggar hukumnya!
Seperti mana yang telah dilakukan oleh kawan mizzatee_. Tak puas hati dengan cara kawannya, wanita itu memuat naik sebuah video di laman TikTok.
Kisahnya, mereka berdua telah seharian berjalan-jalan dan mencari restoran untuk mengisi perut yang kosong. Nak cuba masakan Nyonya, mereka terus duduk dan melakukan pesanan.
Sebagai hidangan sampingan, kawannya telah memesan beberapa biji kuih Pai Tee untuk dimakan bersama nasi ayam.
Namun bila menjenguk kawannya sedang makan kuih tersebut, wanita itu pening apabila melihatnya mengeluarkan kesemua sayur dalam kuih itu dan hanya menikmatinya bersama isi udang.
Belum pernah dilakukan orang lain, wanita itu menyifatkan cara kawannya itu seumpama ‘melanggar hukum’ kuih Pai Tee!
@saymynameatothez geramm jee tengok orang camni .. hahaha #chickenriceshop #ecomall
@mizzatee_ geramm jee tengok orang camni .. hahaha #chickenriceshop #ecomall ♬ Laper Laper Ha – Faiha
Meninjau di ruangan komen, netizen turut pecah perut melihat cara kawannya. Tambahan ada juga yang sepertinya dan melanggar hukum kuih itu. “Anak saya makan camni. Ada juga spesis yang sama rupanya!”, ujar seorang pengguna.
Lain orang lain cara, kan? Mungkin kawan itu tak begitu menggemari sayur, sebab itulah dibuangnya. Tapi kalau makan Pai Tee tak ada sayur pun rasa kurang juga. Tak syok!
Kredit: mizzatee_
Baca Juga: Tak Mampu Beli Kuih Yang Adik Ini Jual Kerana Alergik, Lelaki Ini Terharu Bila Ibunya..