Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Tip & Petua » Ramai Kata Makan Pedas Bahaya, Namun Sebenarnya Bukan Semua Makan Pedas Memudaratkan Kesihatan Sebab

Ramai Kata Makan Pedas Bahaya, Namun Sebenarnya Bukan Semua Makan Pedas Memudaratkan Kesihatan Sebab

Kategori: ,
bahaya makan pedas

Makanan pedas memudaratkan kesihatan ke? Ramai yang berpendapat dan mengatakan bahawa makan pedas boleh mengundang pelbagai penyakit. Dan ramai di antara rakyat Malaysia yang takut dan sudah tidak mahu makan pedas lagi kerana takut akan menghidap penyakit di masa akan datang.

Manakala dalam tinjauan survey yang dilakukan Public Health Malaysia, netizen majoriti (79%) berpendapat bahawa makanan pedas memudaratkan kesihatan. Hanya 658 netizen (21%) memilih ia baik untuk kesihatan. Jawapan bagi persoalan ini adalah, makanan pedas yang mengandungi Capsaicin sebenarnya mempunyai manfaat dan baik untuk kesihatan.

Ulser perut

Ramai rakyat Malaysia menganggap bahawa buasir dan ulser perut adalah punca daripada makan cili.  Tetapi ingin kami tekankan bahawa cili bukan sahaja TIDAK menyebabkan ulser (luka) diperut, malah ia berfungsi sebagai pelindung. Capsaicin boleh menyekat rembesan asid, merangsang alkali dan rembesan mukus serta melancarkan peredaran darah di dalam perut. Ini mampu melindungi lapisan dalam perut dari terluka.

Buasir

Manakala buasir juga terjadi bukan disebabkan makan cili atau pedas. Kajian menunjukkan cili TIDAK mempunyai kesan kepada masalah buasir. Tetapi sesiapa yang mempunyai luka di dubur perlu berhati hati kerana makanan pedas menyebabkan luka menjadi pedih.

Kesan makan berlebihan

Semua benda jika diambil secara berlebihan menyebabkan masalah. Makanan apa sekali pun, sama ada yang menyihatkan jika diambil secara berlebihan pasti dan pasti akan mengundang masalah. Lebih-lebih lagi jika anda makan cili secara berlebihan. Memang betul cili berkhasiat, tetapi jika di ambil berlebihan pasti mengundang masalah lain.

Masalah Penghadaman

Walaupun ia tidak menyebabkan ulser perut, cili boleh menyebabkan sakit perut pada sesetengah individu. Ia boleh mengakibatkan Irritable Bowel Syndrome, makanan tidak hadam dan sakit perut. Pada sesiapa yang sering mengalami sakit perut apabila makan makanan pedas, sila berhati hati.

Mencederakan rongga mulut dan saluran pemakanan

Terdapat beberapa kes melibatkan peserta di sebuah pertandingan makan cili dan selebriti YouTube yang makan cili dalam kuantiti berlebihan. Peserta pertandingan itu muntah dengan dasyat sehingga esofagusnya terkoyak . Selebriti youtube itu pula pengsan dan meracau sehingga perlu diberi bantuan kecemasan.

Jadi apa yang kami boleh simpulkan di sini, walaupun pengambilan cili mempunyai manfaat kesihatan, jangan ambil dalam kuantiti yang terlalu banyak. Khasiat cili ini TIDAK termasuk produk makanan yang telah di proses seperti sos cili, serbuk perasa cili dan bahan proses lain yang tinggi garam. Oh ya, ayam goreng yang sedang viral itu pun termasuk bahan yang telah diproses. Jadi semoga anda diluar sana lebih berhati-hati!

Sumber : Public Health Malaysia

tags: |