Semenjak viral di media sosial dan masuk di pasaran Malaysia, jenama mi segera dari Korea, Samyang menjadi kegilaan ramai.
Mi segera tersebut mempunyai rasa pedas yang berbeza dari mi keluaran Malaysia dan mempunyai beberapa perisa menarik untuk dicuba. Jadi, tak hairan mengapa ia begitu digemari anak-anak muda.
Namun kerana ia merupakan barangan import, harganya agak mahal dari mi segera biasa dan jarang dibeli kanak-kanak. Jadi apabila melihat mereka dapat membelinya tanpa diminta wang, tentu kita akan berasa hairan.
Terhibur, seorang gadis capiqahnzri telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi gelagat adik lelakinya dan kawan-kawan makan di tepi jalan.
Melihat mereka berkumpul dan terduduk di luar rumah, dia berasa hairan dan menghampiri mereka.
Sedang seronok makan ramen pedas Samyang bersama-sama, dia datang mengusik dengan bertanya, “Mana korang dapat duit beli Samyang ramen semua ni? Mana kamu dapat duit”.
Bunyi tegas, kanak-kanak itu kelihatan cemas dan terdiam seolah tidak mampu menjawab soalannya. Kasihan pada mereka, dia bagaimanapun hanya bergurau sahaja dan mengaju mereka untuk sambung menghabiskan makanan.
@pqanzri haih lahhh anakkk anakkk🤣😭 takde tempat lain lagi nak makan 😂 #fypシ #anakkecillucu #malaysiafyp🇲🇾 #fypviralシ #tiktokfypシ
@capiqahnzri haih lahhh anakkk anakkk🤣😭 takde tempat lain lagi nak makan 😂 #fypシ #anakkecillucu #malaysiafyp🇲🇾 #fypviralシ #tiktokfypシ ♬ Bila Hari Raya Menjelma – Siti Nurhaliza
Di ruangan komen pula, orang ramai cemburu melihat kanak-kanak itu bebas lepak bersama sambil menikmati semangkuk ramen Samyang seorang.
Tak stress atau fikirkan masalah lain, tentu seronok apabila dapat hidup seperti mereka.
“Mesej utama dalam video ini adalah terkadang kita cuma rindukan zaman kecil kita. Nikmati lah zaman kanak-kanakmu dik.”, jelas gadis itu.
Seronoknya bila lihat adik-adik ni santai sahaja menikmati ramen yang dibeli. Tak banyak masalah, kerjanya lepak sahaja dengan kawan-kawan.
Kredit: capiqahnzri
Baca Juga: Warga Emas Usia 87 Tahun Gigih Kerja Di McD Akhirnya Bersara, Kawan Sekerja Buat Majlis Perpisahan