Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Cuba Sagu Gula Melaka Buat Pertama Kali, Reaksi Keluarga Perancis Ini Raih Perhatian Netizen

Cuba Sagu Gula Melaka Buat Pertama Kali, Reaksi Keluarga Perancis Ini Raih Perhatian Netizen

Kategori: ,
Sagu Gula Melaka

Di Malaysia, banyak makanan yang sedap dan boleh didapati di pelusuk negeri. Setiap negeri juga mempunyai makanan istimewa tersendiri dan pastinya menambat hati setiap orang yang menikmatinya.

Terbaharu, sebuah video yang dikongsi oleh pengguna TikTok ini memaparkan keluarga di Perancis yang teruja mencuba pencuci mulut yang terkenal di Malaysia iaitu Sagu Gula Melaka.

Cuba Sagu Gula Melaka Buat Pertama Kali, Reaksi Keluarga Perancis Ini Raih Perhatian Netizen

Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang wanita menghidangkan sagu dalam sebuah cawan lalu menuang susu atau santan ke dalam cawan bersama dengan Gula Melaka.

Tanpa membuang masa, mereka pun menikmati manisan itu dan dapat dilihat mereka menyukainya serta memuji kesedapan manisan tersebut.

Sagu Gula Melaka

Bukan itu sahaja, mereka juga meminta untuk menambah hidangan Sagu Gula Melaka sekali lagi kerana baginya sangat enak.

Sedap Sangat Sampai Keluarga Minta Tambah! Sagu Gula Melaka

“Pakcik saya sebut ‘satootie’ instead of ‘satu lagi’. Itu lawak yang keluarga faham,” ceritanya lagi.

Melihat kepada komen netizen di ruangan komen, ramai yang terhibur dan tertarik dengan aksi makan yang ditunjukkan oleh keluarga terbabit.

“Malaysian Food forever.”

“Sagu Gula Melaka on top!”

Sagu Gula Melaka

Selepas tengok video ini, Min rasa seperti nak cari Sagu Gula Melaka lah nanti. Nampak sedap dan menyelerakan.

Sumber: Aaronleroy 

Baca juga: Rai Kemenangan ChiaSoh Bersama Tidak Mengira Kaum, Sukan & Kedai Mamak Menyatukan Malaysia

tags: |