Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Resipi » Tips Masak Sagu Gula Melaka Supaya Menjadi & Cantik Macam Kristal

Tips Masak Sagu Gula Melaka Supaya Menjadi & Cantik Macam Kristal

Kategori: ,
tips masak sagu gula melaka

Sagu merupakan tepung yang diperolehi dan diproses dari pokok rumbia atau pokok sagu. Pokok ini boleh ditemui di Sabah dan Sarawak. Dengan sagu pelbagai makanan yang boleh dihasilkan seperti kuih sagu dan sagu gula melaka. Selain itu ia juga sering dimasukkan ke dalam masakan manis seperti bubur jagung, bubur kacang hijau  dan pengat pisang.

Namun bagi menghasilkan sagu gula melaka yang menjadi dan cantik macam kristal ada teknik dan tipsnya yang tersendiri tau. Jadi jom kita ikuti perkongsian syusyu di laman aplikasi TikTok.

Tips Memasak Sagu Gula Melaka Jadi Cantik Macam Kristal

Bahan-bahan :

  • 1 1/2 cawan biji sagu
  • 2 ketul gula melaka (dihiris)
  • 1 tin susu cair
  • 2 helai daun pandan

Cara penyediaan :

  1. Pastikan air betul-betul mendidih baru masukkan sagu.
  2. Apabila dah masukkan sagu, wajib kacau selalu.
  3. Apabila dah warna jernih boleh tapis dan bilas dengan air.
  4. Masak air dan masukkan daun pandan.
  5. Apabila dah mendidih masukkan sagu tadi dan kacau sampai pekat.
  6. Bila dah pekat tutup api dan tuangkan dalam loyang.
  7. Biarkan sejuk seketika dan masukkan dalam peti ais.
  8. Kemudian masak susu cair dengan air seketika dan masukkan secubit garam.
  9. Siap untuk dihidangkan.
@syuosemm

Fav sapa ni? sagu gula melaka. Syu share tip sagu jadi elok 😍 #easyrecipe #masakmasak #tiktokmalaysia #makanmakan #fypdongggggggg

♬ Im Yours Remix – AchaMaitimu`

@syuosemm Fav sapa ni? sagu gula melaka. Syu share tip sagu jadi elok 😍 #easyrecipe #masakmasak #tiktokmalaysia #makanmakan #fypdongggggggg ♬ Im Yours Remix – AchaMtmu-

Mudah sahaja kan menghasilkan Sagu Gula Melaka macam kristal? Guna sahaja cara ini, barulah sagu yang dihasilkan cantik dan bersinar. BIla cantik dan bersinar mesti lebih berselera kan kita atau sesiapa sahaja nak makan.

Selamat mencuba!

Kredir : TikTok syusyu

Baca juga : Resepi Pengat Pisang Dengan Sagu. Pencuci Mulut Yang Klasik, Simple Dan Sedap. 30 Minit Dah Boleh Siap!

tags: | |