Bencana banjir yang telah melanda negara di beberapa kawasan jelas telah membuat orang ramai berasa gusar. Malah, paras air yang makin meningkat membuatkan ramai pihak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Terputus bekalan dan berada dalam kelaparan, ramai yang tidak sempat untuk mengisi perut yang kosong. Malah, bila makanan tiba, mereka masih berjaga-jaga memandangkan banjir masih belum lagi surut di sesetengah kawasan.
Di laman TikTok, seorang pengguna, rokoksaat2, memuat naik sebuah video dan berkongsi gelagatnya bersama seorang sahabat baru-baru ini.
Memandangkan paras air belum lagi surut di kawasan sekeliling, mereka terpaksa meredah air untuk meninjau keadaan, belum juga sempat untuk berehat dan menikmati makanan. Malah, sambil berbuat demikian, sambil itu menyuap nasi goreng ke dalam mulut masing-masing.
@hitamrobot MALAYSIA 🇲🇾#selangorbanjir #playforselangor
@rokoksaat2MALAYSIA 🇲🇾##selangorbanjir ##playforselangor♬ original sound – CEO OF “APAI”❗️🇵🇭🇲🇾 – CEO OF “APAI”🤪 NEW ACC❤️🔥
Menjengah di ruangan komen, tindakan pemuda tersebut menarik perhatian warganet. Memahami keadaan mereka, warganet turut mendoakan agar mereka dilindungi dan dipermudahkan urusan ketika menghadapi bencana itu.
Malah, melihat gelagat mereka, ada juga segelintir warganet yang berasa terhibur. Tenang menghadapi banjir, ada juga yang mengusik mereka.
Kasihan melihat mereka yang terkesan oleh bencana ini. Belum sempat makan dan berehat, perlu juga sentiasa berjaga-jaga kerana risau keadaan akan bertambah parah dan paras air akan meningkat.
Semoga mereka diberi kekuatan dan keadaan akan cepat bertambah baik. Belum sempat lagi negara pulih dari pandemik wabak Covid-19, sudah diuji sebegini. Bagi mangsa-mangsa banjir, dapatkan bantuan dari pihak berkuasa dan sentiasa berada di kawasan selamat.
Kredit: TikTok rokoksaat2