Ramai di antara kita yang tidak suka dengan segala jenis sayur, terutamanya bendi, taugeh, serai dan sebagainya. Kalau boleh, memang tak mahu meletakkannya dalam apa jua masakan yang disediakan.
Namun sayur-sayur tersebut memberi rasa yang sedap pada masakan. Jadi bila ke restoran, pastikan anda memesan awal-awal pada tukang masak untuk tidak meletakannya dalam hidangan yang dipesan kerana perkara yang menimpa lelaki ini mungkin boleh berlaku pada anda.
Terbaharu, seorang lelaki Khairul Naim82 telah memuat naik sebuah video di laman TikTok untuk berkongsi perasaan dengan pesanannya di sebuah restoran masakan Thai.
Mengunjungi ke sana untuk menikmati beberapa masakan panas, lelaki itu turut memesan satu mangkuk Tomyam campur untuk dimakan bersama nasi dan lauk yang lain.
Namun apabila hidangan tersebut tiba dan dia baru sahaja ingin mencedok sedikit kuah, lelaki itu berasa terkejut bila asyik menemui serai sahaja.
Geram dengan penggunaan serai yang begitu banyak, lelaki itu sehingga memohon pada Perdana Menteri yang baru untuk menaikkan harga serai supaya pihak restoran lebih keberatan untuk menggunakannya.
@khairul_naim82 tolong la naik kn harga serai…
@laksamanabentan82tolong la naik kn harga serai…β¬ original sound – KNAPE ERK! π
Menjengah di ruangan komen pula, orang ramai turut sependapat dengannya. Malah, ada juga yang memohon untuk menaikkan harga sayuran lain.
“Bawang pun kena naik! Dalam tomyam banyak bawang bang.”, mogok seorang pengguna.
Ujar seorang lagi pengguna, “Harga sawi kasi naik, biar mak aku tak beli hehe!”.
Sabar lah bang, jangan diminta untuk naikkan harga sayur. Kesian pada orang lain nanti tak tahu nak makan apa pula nanti. Lain kali kalau tak suka kena pesan awal-awal pada tukang masak, nanti tak adalah satu mangkuk penuh serai.
Kredit: Khairul Naim82