Anda teringin nak nikmati makanan Thai dengan rasa autentik? Suwarin Jindalah tempat yang wajib anda kunjungi. Bukan sekadar makanan Thai, malah pelbagai juadah menarik menanti anda di sini!
Bila anda nikmati sendiri makanan yang dijamukan di Suwarin Jinda, barulah anda faham mengapa kedai ini sentiasa ramai orang.
Dahulunya dikenali sebagai Kafe Hostel Pantai, kini Suwarin Jinda yang bertempat di lokasi baru rancak dengan kunjungan penggemar hidangan makanan Thai serta pelbagai menu menarik. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk nikmati hidangan enak di sini.
Jom kita tengok makanan apa yang menarik di sini. Memang syok makan beramai-ramai dengan rakan dan keluarga di Suwarin Jinda!
Kunjungan anda ke Kelantan tak sah jika tak nikmati colek yang menjadi makanan popular di negeri Pantai Timur ini.
Di Suwarin Jinda, pelbagai menu colek yang menanti anda seperti colek buah, colek perut campur, colek cucuk-cucuk dan colek berasaskan makanan laut yang segar-segar belaka. Memang syahdu bila cicah dengan pelbagai jenis sos yang sedap!
Memang tak terkejut kalau ada pengunjung yang datang dari jauh untuk rasai sendiri menu yang menjadi signature bagi restoran ini iaitu daging harimau menangis yang diperap enak dan berjus.
Rasa nak menangis dibuatnya bila dimakan bersama nasi atau sos istimewa.
Jangan tak tahu, daging harimau menangis ni juga dijual di platform membeli belah Shopee untuk anda nikmati di rumah. Dapatkan bersama Sos Mukbang yang padu bila dimakan bersama daging ni, barulah nikmat!
Sajian Thailand dengan citarasa autentik di Suwarin Jinda buat ramai orang terliur! Jom nikmati aneka hidangan yang menyelerakan seperti somtam goreng, aneka jenis Tomyam, Pla Muek Yang (sotong bakar sumbat), Miang Pla Pao (ikan bakar garam), Pad Kra Pao.
Sambil nikmati makanan enak di sini, segarkan tekak anda dengan aneka pilihan pencuci mulut Thailand seperti pulut mangga, cha bang ang dan roti sangkaya. Teh ais madu dia nampak padu betul!
Bukan setakat menu streetfood dan aneka pilihan menu yang menyelerakan ada di Suwarin Jinda, malah ada pelbagai set istimewa yang enak dikongsi!
Jangan lupa untuk pesan Set King Suwarin, Set Mukbang, Miang King Shellout Thai dan Set Bakar Suwarin yang laku keras di sini. Sangat berbaloi untuk dinikmati bersama rakan dan keluarga.
Tengok sajalah seafood segar dan daging bakar yang disajikan. Siapa yang tak tergoda?
Bagi pelanggan yang langkah kanan, anda juga akan dapat peluang keemasan untuk rasai kesegaran Giant Oyster yang diimport khas dari Thailand. Tak main-main saiz dia!
Jika anda datang pada musimnya, anda juga dapat nikmati hidangan udang galah yang segar dan cukup menyelerakan. Lihat sajalah saiznya!
Pendek kata, memang rugi kalau anda tak cuba sendiri aneka hidangan yang ada di Suwarin Jinda. Memang tak dinafikan kedai ini sentiasa fullhouse, namun ramai pelanggan mengaku penantian mereka sangat berbaloi dengan juadah yang restoran ini hidangkan.
Jika anda sedang merancang untuk ke Kelantan, jangan lupa untuk singgah ke Suwarin Jinda! Rugi kalau tak cuba makanan best dekat sini!
Hari Operasi : Buka setiap hari kecuali Ahad dan Isnin
Waktu Operasi : 3.30 PM – 11.30 PM
Peta Lokasi: https://maps.app.goo.gl/fgMQkLicr6vh4JN99
Facebook : Suwarin Jinda Cafe