Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Lelaki Ini Dedah Makanan Di Hat Yai Tidak Semurah Yang Disangka, Ada Beza Dulu & Sekarang

Lelaki Ini Dedah Makanan Di Hat Yai Tidak Semurah Yang Disangka, Ada Beza Dulu & Sekarang

Kategori: ,
makanan di Hatyai

Seorang pelancong yang merupakan rakyat Malaysia yang biasa melancong ke Thailand mendedahkan sebenarnya harga makanan di Hatyai tidaklah semurah seperti dicanang oleh pelancong Malaysia di media sosial.

Menurutnya, harga makanan di Hatyai sekarang dah mahal dan bukannya seperti dulu.

Lebih mengecewakan apabila, pelancong Malaysia yang berkunjung ke Hat Yai sendiri yang memberikan promosi percuma dan ‘overclaimed’ bahawa makanan di sana jauh lebih murah.

Lelaki Ini Dedah Makanan Di Hat Yai Tidak Semurah Yang Disangka, Ada Beza Dulu & Sekarang

makanan di Hatyai

Tindakan pelancong Malaysia yang terlalu mengagungkan harga makanan di Hatyai ini telah membantu kedai kedai makanan di sana menjadi viral dan kesannya, harga makanan pun semakin meningkat.

Dalam hantaranya di kumpulan Facebook Backpackers Buddies Malaysia (BBM), dia berkata: “Cerita pasal makanan di Siam ni murah sebenarnya bohong saja sekarang ni. Tapi kalau dulu memang betul.

“Bermula dari Danok sampailah ke Hatyai semua harga makanan dan minuman sudah dinaikkan.

“Bagi orang yang dah lama pergi ke Siam untuk makanan di Hatyai mesti tahu harga makanan kat sana dah tak murah macam dulu.

“Tetapi itu lah, orang kita yang tolong buat promosi percuma untuk Siam, maka ramailah orang berpusu pusu buat pasport semata mata nak pergi makan dekat Siam, makan dekat kedai yang viral, tak murah pun.

“Tetapi kalau nak makanan murah, kena pergi ke sebelah Pattani atau Narathiwat, memang sangat murah.”

Harga Makanan Melonjak Naik Kerana Viral, Kena Pergi Sebelah Pattani / Narrathiwat Untuk Makanan Murah

makanan di Hatyai

Hantaran itu mendaapat sokongan daripada ramai netizen yang turut sependapat dengannya.

Salah seorang menyatakan, setelah mereka sekeluarga bercuti di Narathiwat dan Yala, mereka sudah tak pergi lagi ke Hat Yai yang semakin mahal kos makanan dan kos melancong ke sana.

Yang lain menegaskan, dari segi makanan, memang tak jauh harga makanan di Hat Yai dengan Malaysia, malah mungkin ada tempat di Malaysia yang jauh lebih murah kos makan, cuma dari segi kos melancong secara keseluruhannya, Hat Yai masih dianggap destinasi yang berbaloi untuk melancong ke luar negara.

Seterusnya, ada juga yang berpendapat, memang berlaku kenaikan ketara pada harga makanan di Hatyai, namun kena bijak pilih tempat makan, misalanya, elakkan makan di ‘port’ viral ataupun tumpuan ramai pelancong asing.

Sumber: mStar

Baca juga: Penjual Ini Berjaya Jual Durian Tanpa Kulit 400kg Sehari, Sudah 5 Tahun Niaga Durian Cara Ini..

tags: |