Barangan dari Jepun tak dinafikan ada tarikannya tersendiri. Bagi yang ingin merasai suasana membeli-belah persis macam di Jepun, datanglah ke JONETZ by Don Don Donki yang terletak di Kuala Lumpur!
Selain menawarkan pelbagai produk kosmetik dan barangan rumah, macam-macam makanan turut dijual di sini. Dari barang basah, sayur dan buah-buahan segar sehingga streetfood, semuanya ada di JONETZ by Don Don Donki.
Memandangkan kebanyakannya diimport dari Jepun, sesetengah makanan yang dijual di sini adalah tidak halal.
Tapi anda tak perlu risau, banyak makanan best yang boleh anda nikmati tanpa was-was. Jom kita tengok produk halal yang menarik di JONETZ by Don Don Donki!
Bagi yang tak pernah merasa daging wagyu, inilah peluang yang terbaik buat anda. Menggunakan daging wagyu A5 yang disahkan halal, wagyu skewer yang berjus dan enak ini wajib dicuba oleh semua penggemar daging.
Daging wagyu yang pernah viral di TikTok ini juga diperasakan dengan garam dan lada hitam untuk menyerlahkan lagi rasanya yang cukup premium.
Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan daging wagyu, tenderloin dan yakiniku segar yang turut dijual di sini! Macam-macam potongan, harga dan saiz dijual!
Berasakan tumbuh-tumbuhan dan dijamin halal, Mochikon Konnyaku ini adalah salah satu snek sihat dan lazat yang patut anda cuba bila anda berkunjung ke sini. Manisan ini diperbuat daripada tepun konjac dan tersedia dalam dua perisa iaitu Matcha dan Brown Sugar Soybean.
Buat penggemar ramen, anda wajib cuba HONOLU Spicy Ramen yang cukup popular di Jepun. Anda boleh dapatkannya secara ekslusif di Don Don Donki. Rasa sup yang pedas-pedas manja yang dipadankan dengan mee yang kenyal pasti membuatkan anda rasa ketagih!
Mula dihasilkan pada tahun 1973, Azuki Bar boleh dikatakan antara jenama aiskrim paling legend di Jepun! Kalau nak tahu, aiskrim yang menyegarkan tekak ini adalah produk aiskrim Jepun pertama yang disahkan halal oleh JAKIM!
Padat dengan inti kacang merah, Azuki Bar boleh dinikmati dalam 3 perisa iaitu Red Bean, Matcha, dan Milk. Dah alang-alang ke Don Don Donki, apa kata anda cuba saja semua!
Rasanya kunjungan anda ke sini tak sah kalau anda tak dapatkan serbuk matcha yang asli. Rugi kalau tak cuba buat sendiri dan nikmatinya di rumah!
Jika tadi tepung konjac digunakan untuk hasilkan matcha, produk ini pula mengolah tepung konjac menjadi snek jeli yang manis dan rendah kalori! Nikmati dari 3 perisa yang tersedia iaitu matcha, anggur dan epal.
Jangan lupa untuk cuba keledek yang dibakar segar setiap hari bila anda berkunjung ke sini. Memang sesuai untuk dijadikan snek selepas penat membeli-belah!
Tak perlu pergi ke Jepun, pergi saja ke Don Don Donki untuk dapatkan buah-buahan bermusim yang diimport khas dari Jepun. Setiap bulan pasti ada buah istimewa yang anda boleh nikmati antaranya buah pic, buah strawberi dan epal Fuji.
Kalau anda tak tahu nak beli apa di sini, anda boleh terus pergi ke Halal Corner! Dari snek hingga ramuan masakan, terdapat banyak pilihan yang anda boleh dapatkan.
Antara produk yang tersedia di Halal Corner adalah Halal Soy Sauce, pelbagai jenis ramen, snek dan macam-macam lagi! Anda pasti rambang mata dibuatnya!
Banyak juga rupanya makanan halal yang best di Don Don Donki ni. Tak sabar rasanya nak cuba, terutamanya daging wagyu yang dimasak panas-panas yang viral di TikTok tu, pasti sedap!
Snek dan makanan halal lain pun tak kurang hebatnya seperti ramen, snek halal dan buah-buahan segar yang diterbangkan dari Jepun.
Jangan tak tahu, terdapat lebih 700 produk di JONETZ by Don Don Donki yang anda boleh dapati di Shopee! Time sale pun Don Don Donki ada buat potongan harga untuk pelbagai produk. Jangan lupa ikuti laman ShopeeMall Don Don Donki. Boleh add to cart dulu mana-mana yang anda berkenan!
Untuk ketahui promosi terkini di JONETZ by Don Don Donki, jangan lupa untuk ikuti laman media sosial Don Don Donki di Facebook dan Instagram. Macam-macam diskaun dan promosi best yang ditawarkan untuk semua. Jom ke Don Don Donki hari ini!
Facebook : Don Don Donki Malaysia
Instagram : dondondonkimy
Laman Web : Don Don Donki Malaysia
Lot 10
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari
Tropicana Gardens Mall
Waktu Operasi : 10.00 pagi hingga 10.00 malam (Ahad hingga Khamis)
10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (Jumaat hingga Sabtu dan Cuti Umum)