Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Isu Makanan RMT Hanya Diberi Beberapa Urat Mi, Itu Antara Sebab #potonggajimenteri Tular

Isu Makanan RMT Hanya Diberi Beberapa Urat Mi, Itu Antara Sebab #potonggajimenteri Tular

Kategori:
makanan RMT

Pada 7 Julai lalu, gempar di media sosial berkenaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang memiliki kuantiti mi goreng dengan jumlah yang sedikit di sebuah sekolah.

Makanan RMT yang diberikan kepada golongan pelajar dan murid susah berkenaan diragui kualitinya apabila difahamkan jumlah peruntukan untuk MRT banyak tetapi hanya itu yang mampu disediakan.

Isu Makanan RMT Hanya Diberi Beberapa Urat Mi, Itu Antara Sebab #potonggajimenteri Tular

Oleh hal yang demikian, isu itu telah menambahkan kemarahan dalam kalangan rakyat terutama di media sosial. Ramai yang mempersoalkan kualiti makanan RMT tersebut.

Lalu, mereka membuat satu tanda pagar solidariti #potonggajimenteri untuk memberi lebihan gaji kepada hal-hal yang lebih memerlukan. Salah satunya adalah dana dan peruntukan makanan RMT.

Ramai netizen berpendapat pihak berwajib haruslah segera menyelaraskan kembali harga makanan yang dijual di sekolah selain isu RMT ini susulan ekonomi para ibu bapa yang semakin terumbang-ambing.

makanan RMT

Dalam isu berkenaan, seorang wanita yang dipercayai merupakan salah seorang penyedia makanan RMT menyatakan pendapat bahawa kenaikan peruntukan RMT memang perkara yang wajar buat ketika ini.

 

“Untuk RMT pihak KPM dah boleh naikkan harga kot RM3.50 atau RM4 seorang. Masa zaman saya dulu 2015-2017 RM2.50 seorang.

“Nak kena ada makanan, buah-buahan dan air. Untuk zaman sekarang 2.50 tak cukup. Macam bekas makanan sendiri pihak kantin yang sediakan untuk menjaga kebersihan.

Bersama keterangan terbabit, dia menunjukkan makanan RMT yang pernah disediakan olehnya dalam sekitar tahun 2015 untuk melihat perbandingan dari segi makanan dan harga.

“Untuk isu mee goreng tu akan pun tak setuju. Melampau sangat tu. Akak cuma sarankan pihak KPM naik kan peruntukan untuk anak-anak RMT sesuai dengan keadaan sekarang yang harga barang naik mendadak.

“Ni contoh makanan RMT yang akak sediakan. Ada buah jugak. Masa ni 2015,” jelasnya dalam bebenang ciapan Twitter terbabit.

makanan RMT

Meninjau ruangan komen lain, seorang netizen berpendapat sama bahawa potong gaji menteri adalah salah satu cara yang berkesan dan efktif dalam masa sekarang.

“Tengok RMT budak sekarang ni menyedihkan ya. Bagi budak makan mee goreng secoet tu. Kau ingat kenyang dia sampai balik sekolah ke?

“Katakan rehat pukul 10 pagi, pukul 1.45 baru habis sekolah, gastic do. Potong gaji menteri lah, elaun pinggan mangkuk hayun tu,” ulasnya memberi pendapat.

“Makanan RMT Menyedihkan, Perlu Kaji Semula Pembahagian Peruntukan Dan Penyelaras Kantin”

makanan RMT

Rasanya, setiap ketirisan dalan setiap aras pembahagian makanan RMT perlu dikaji semula. Tumbesaran anak-anak memang lahir daripada makanan yang sihat. Jadi, bagaimana kita ingin melahirkan generasi yang berkembang maju jika isu RMT pun menjadi punca masalah utama?

Sumber: Izwar

Baca juga: “Ikut Saranan Katanya..”, Aksi Wanita Ini Goreng Telur Untuk Jimat Raih Perhatian Netizen

tags: | |