Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Berita » Makanan Thai Yang Unik Anda Perlu Cuba Jika Berkunjung Ke Thailand

Makanan Thai Yang Unik Anda Perlu Cuba Jika Berkunjung Ke Thailand

Kategori: ,

Thailand merupakan negara yang terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis makanan. Malah makanan Thailand merupakan salah satu hidangan yang paling unik di Asia Tenggara. Makanan Thailand juga menggabungkan berbagai rasa dalam setiap hidangan mereka sehingga menjadi kegemaran setiap pelancong yang datang ke negara itu. Justeru, para pelancong suka berkunjung ke sini oleh kerana hidangan yang pelbagai dan sangat sedap.

Oleh itu, terdapat beberapa makanan asli Thailand yang sentiasa mendapat sambutan setiap pelancong ke negara itu. Antaranya ialah:

#1 Miang Kham

Miang Kham merupakan hidangan yang sangat popular di Thailand. Setiap pengunjung yang datang ke sini pasti mengenalinya. Miang Kham mempunyai maksud iaitu ‘one bite wrap‘ dan merupakan makanan ringan tradisi gabungan Thailand dan Laos. Makanan ini telah diperkenalkan oleh Puteri Dara Rasmi sejak zaman pemerintahan Raja Rama V.

Tahukah anda, Miang Kham merupakan signature Thailand dan mendapat permintaan tinggi dari pelancong yang datang ke negara itu. Cara makan Miang Kham ini mudah saja, macam makan sirih.

Antara bahan yang terdapat di dalam hidangan Miang Kham ini ialah daun kaduk, hirisan bawang merah, halia, cili, udang kering, kacang, hirisan kecil limau nipis dan kuah cicah yang dibuat dari gula.

#2 Pad kra phaw

Ini merupakan menu yang wajib anda cuba apabila ke Thailand. Phad kra phaw dihidang bersama sebiji telur mata, nasi putih serta daging ayam yang sudah dicincang bersama daun selasih (basil).

Menu ini mempunyai rasa pedas dan secukup rasa. Phad kra phaw adalah makanan rutin rakyat Thailand. Malah Phad kra phaw ini sangat mendapat permintaan dalam kalangan pelancong dari Eropah. Menu ini sesuai dijadikan hidangan untuk makan tengah hari. Menu ini juga boleh menjadi salah satu menu Thailand kegemaran anda.

#3 Pad Thai

Pad Thai juga antara menu yang popular dalam kalangan pelancong dan mudah untuk didapati di Thailand. Menu ini mudah untuk didapati di sekitar pasar pagi, gerai makan kecil di tepi jalan (street foods) dan restoran. Bahan utama dalam hidangan ini adalah koteaw bersaiz kecil (seolah seperti bihun), udang, telur, daun kuchai dan diperah sedikit limau nipis diatasnya. Jika anda mengunjungi negaraThailand anda wajib mencuba menu ini ya.

#4 Khanom jeen nam ya

Di Malaysia, terdapat menu laksa sebagai signature asli makanan Melayu dan berbeza dengan laksa di negara Thailand. Hidangan Khanom jeen nam ya ini dimakan bersama sayuran secara mentah termasuk taugeh, kacang panjang dan daun pudina. Manakala laksa Thailand ini bersaiz lebih kecil jika dibandingkan dengan laksa Melayu yang terdapat di Malaysia.

Kuahnya lebih kurang sama dengan kuah laksa Melayu iaitu daripada isi ikan tetapi ditambah dengan santan untuk rasa lemak. Serta sedikit kunyit bagi menaikkan warna kuning kuah. Jika mahukan lebih pedas, anda perlu makan Khanom jeen nam ya ini diselangi dengan gigitan cili kering yang telah di goreng. Memang padu habis!

#5 Som tam

Somtam bukan sahaja popular di Thailand malah di Malaysia juga. Gerai-gerai di Malaysia sering menjadikan somtam ini sebagai menu juga. Somtam adalah hidangan sampingan Thai yang sangat pedas tetapi menyelerakan. Ianya boleh dinikmati bersama nasi putih atau pulut. Rasa yang pedas, masam dan manis pasti membuat anda bertambah selera.

Bahan utama hidangan ini ialah betik, kacang, udang kering, tomato, kacang panjang, cili, gula, sos ikan dan perahan air limau nipis.

tags: | |