Sempana konsert di Sungai Besi baru-baru ini, DJ terkemuka, Alan Walker sempat datang ke kedai makan influencer terkenal, Uncle Roger yang terletak di Kuala Lumpur.
Beliau bekerjasama dengan Uncle Roger bagi sebagai satu sesi meet & greet sebelum konsert bermula di mana konsert kali ini ‘menggantikan semula’ konsert yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun lalu yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tidak dapat dielakkan.
Menerusi video dikongsikan TikTok @marcus_chia, penyanyi British-Norway itu mengejutkan para peminatnya dengan menyarung pakaian rasmi pekerja kedai Uncle Roger sambil membawa makanan yang ditempah.
Sambil duduk melayan peminat, Alan tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri makanan yang terhidang di hadapannya.
Menerusi komen yang ditinggalkan Alan Walker pada video tersebut, beliau menyatakan makanan itu sedap menyelerakan.
“Sangat gembira jumpa anda semua! Kombo (makanan) itu sangat sedap,” komen Alan Walker.
Dalam pada itu ada warganet menyatakan ini kali pertama mereka melihat wajah sebenar Alan Walker yang mana selama ini sentiasa berada di pentas siap bertopeng.
Ada netizen berseloroh muka Alan Walker seiras bintang pemain bola sepak antarabangsa, Harry Kane.
Sumber: Marchus Chia
Baca juga: Heboh Tentang Sijil Halal, Uncle Roger Jawab Status Halal Restoran Yang Baru Dibuka. Ini Jawapannya…