GERD (gastroesophageal reflux disease) adalah gangguan pencernaan kronik yang berlaku apabila asid di dalam perut atau apabila kandungan di dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut ke perut).
Kebiasaanya penghidap GERD ini akan rasa gelisah. Tekak rasa penuh dan sukar hendak menelan. Perut terasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Makan apa pun tetap tak hilangkan gejala tersebut, sampai hendak tidur pun tidak boleh.
Gejala GERD atau reflux asid perut ini sering dihidapi oleh individu yang berbadan berisi dan wanita yang mengandung. Selain itu individu yang suka makan lewat malam juga turut berisiko terkena GERD ini.
Bagi yang sudah biasa menghadapi masalah atau penyakit ini mungkin ubat gastrik reflux sudah ada dalam penyimpanannya. Namun bagi yang tidak pernah menghadapi masalah ini pasti tidak menyediakan stok ubat tersebut. Dan sekiranya anda diserang penyakit ini ketika larut malam. Macam mana nak mengatasinya?
Apa yang perlu anda lakukan adalah cuba ubah diet anda. Ini ada beberapa senarai makanan yang membantu anda dalam mengatasi masalah GERD. Perhatikan senarai di bawah ini dan jadikan ia rutin dalam makanan anda selepas ini.
Semoga apa yang disenaraikan di atas membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun sekiranya ia masih tidak dapat membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor.
Sumber: Public Health Malaysia