Sudah bosan dengan makaroni cheese, dan makaroni bakar. Apa kata anda cuba makaroni sardin ni, gerenti tidak memuakkan seperti makaroni cheese.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji cili merah
  • 1 biji bawang merah – dihiris
  • 4 ulas bawang putih – racik halus
  • Sardin (sy guna ayam brand)
  • Makaroni

 

Cara-Cara:

  1. Rebus makaroni terlebih dahulu, masukkan minyak dan sedikit garam dan biarkan mendidih.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, kemudian masukkan bawang putih dan masukkan cili merah.
  3. Kemudian masukkan sardin dan hancurkan ikan sardin, kacau seketika sehingga mendidih.
  4. Masukkan makaroni ke dalam kuali dan kacau rata.
  5. Siap dan sedia untuk dihidang.

Cubalah resepi ini, selamat mencuba!

0/5 (0 Reviews)
(This post has been visited 15 times!)