Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Makcik Melayu Jual Cakoi Cakap Kantonis, Inilah Sebenarnya Kemanisan Malaysia!

Makcik Melayu Jual Cakoi Cakap Kantonis, Inilah Sebenarnya Kemanisan Malaysia!

Kategori: ,
makcik Melayu jual cakoi

Malaysia terdiri dengan masyarakat yang berbilang kaum dan bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain. Selain toleransi dan pemahaman yang baik, rakyat disatukan dengan makanan yang menjadi kesatuan untuk semua kaum.

Sementara kecelaruan negara sedang penuh dengan hal-hal politik berunsurkan rasis dan perbalahan kaum, sebenarnya rakyat Malaysia lebih baik daripada itu. Di sini, perbezaan agama, kaum, pendapat dan juga budaya bukanlah satu masalah untuk rakyat hidup bersatu padu kerana kita saling belajar memahami.

Makcik Melayu Jual Cakoi Cakap Kantonis, Inilah Sebenarnya Kemanisan Malaysia!

makcik Melayu jual cakoi

Terbaharu, satu perkongsian video di TikTok menunjukkan seorang makcik Melayu bertutur menggunakan bahasa Kantonis dengan sangat lancar semasa menjual kuih cakoi di Karak, Pahang. Kuih yang diperbuat daripada doh panjang dan digoreng sehingga perang keemasan itu merupakan salah satu masakan masyarakat Cina.

Kuih Cakoi juga turut popular di Malaysia dan digemari oleh pelbagai kaum. Menerusi video yang dikongsi oleh @shinichokeesoon itu, perkongsiannya mendapat perhatian netizen apabila menunjukkan kisahnya membeli cakoi dengan makcik Melayu berkenaan.

Dia kelihatan terpegun melihat kepetahan makcik Melayu itu menggoreng cakoi dengan skill yang mantap sambil bersahaja melayannya berbual. Video yang dikongsi sehingga kini meraih lebih 300 ribu lebih tontonan.

“Makcik Melayu bercakap Kantonis dengan sempurna, jual cakoi di Karak,” tulisnya sebagai keterangan untuk video berkenaan. Dalam rakaman tersebut juga, seorang pelanggan lain memberitahu Shinichi bahawa peniaga itu dan seluruh ahli keluarganya boleh bertutur dalam bahasa Kantonis.

makcik Melayu jual cakoi

Malah, makcik tersebut juga mengakui ada menonton program televisyen TVB (Television Broadcasts Limited) dari Hong Kong. “Ya saya tengok (TVB) tapi saya belajar melalui YouTube. Namun banyak content yang tidak tepat di YouTube,” ujarnya.

Tambah wanita itu, dia juga menerima kehadiran pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa. Mereka mahu merasai sendiri keenakan cakoi buatannya yang dianggap memang sedap dan lembut.

@shinichikeesoon #karak #multiracial #1Malaysia #KeluargaMalaysia #foodie ♬ original sound – Shinichi Kee Soon

Meninjau ruangan komen, ramai yang kagum dengan kepetahan makcik berkenaan dan menyuarakan bahawa Malaysia memang negara yang hebat dengan kesefahaman yang tinggi dan kita sememangnya boleh bersatu padu.

Misalnya, seorang pengguna TikTok bernama @YusriYusof berpendapat, ” semoga kita lebih saling memahami antara kita dan mengukuhkan perpaduan sesama kita,” jelasnya.

Selain itu, seorang pengguna TikTok bernama @AmiNadiah yang dipercayai anak saudara makcik berkenaan berkata, “mak saudara saya ni. Ayah saya pun reti cakap Kantonis dengan adik beradik dia. Semua adik beradik jenis berniaga. Ayah business bengel kereta.” tulisnya di ruangan komen berkenaan.

Makanan Mempersatukan Kita Semua

makcik Melayu jual cakoi

Terbuktilah, melalui kisah makcik Melayu jual cakoi ini,  kita sebenarnya boleh hidup aman damai bersama dengan kaum dan bangsa yang berbeza. Abaikan pihak yang ingin memecahbelahkan kita kerana kita lebih bijak daripada itu.

Sekecil-kecil hal makanan tentang makanan pun kita boleh bersatu, apatah lagi hal-hal lainnya!

Sumber: @shinichikeesoon

Baca juga: “Berikanlah Aku Kesabaran..”, Pelanggan Nak Cancel Order Macam Tu Je, Rider Grab Penat Tunggu Makanan Siap

tags: | |