Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Makan Pandai Tapi Nak Buka Durian Bodoh..” – Man Kulim Cuba Kupas Durian Tapi Gagal, Akhirnya..

“Makan Pandai Tapi Nak Buka Durian Bodoh..” – Man Kulim Cuba Kupas Durian Tapi Gagal, Akhirnya..

Kategori:
MAN KULIM CUBA

Man Kulim merupakan seorang influencer yang mempunyai pengikut tegar. Namun tak dinafikan popularitinya yang semakin meningkat di media sosial sering mengundang kecaman orang ramai.

Namun begitu, Man Kulim tetap steady dan sehingga kini masih lagi terkenal. Buktinya, dia tidak jemu menerima jemputan dari pelbagai pengusaha restoran, kedai makan dan lain-lain untuk tolong promosikan produk mereka. Kali ini dia dijemput untuk mempromosikan buah durian dari sebuah gerai buah-buahan. Jom tonton telatahnya yang begitu menghiburkan!

“Makan Pandai Tapi Nak Buka Durian Bodoh..” – Man Kulim Cuba Kupas Durian Tapi Gagal, Akhirnya..

Terbaharu, influencer terkenal itu munculkan diri di sebuah video yang telah dimuat naik oleh sebuah akaun, pendekbuahpdgserai. Memandangkan sekarang musim durian, dia ke sana untuk menikmati beberapa biji durian. MAN KULIM CUBA

Bagi menarik pembeli, Man Kulim yang juga merupakan seorang penggemar buah durian tampil dan cuba mendemonstrasi pada penonton cara membuka kulit durian. Namun usahanya gagal dan setelah beberapa hentakan, ia tidak berjaya. MAN KULIM CUBA

Melihat perkara itu, pengusaha gerai menghampirinya dan cuba membantunya. Malah, dia turut mengajar Man Kulim cara mengupas buah itu dengan betul. Teruja buah itu dapat dibuka, Man terus sahaja menyambar buah tersebut. MAN KULIM CUBA MAN KULIM CUBA

Menikmati sebiji isi durian, rasanya sungguh sedap baginya. Malah, jika Man Kulim turut mencadangkan orang ramai untuk mengunjungi gerai itu jika mereka mencari buah durian dengan rasa yang sedap dan harga yang berpatutan.

@pendekbuahpdgserai #fyptiktokviral ♬ bunyi asal – pendek

Menjengah di ruangan komen, video itu berjaya mencuri perhatian orang ramai. Kali ini tidak dikecam oleh mana-mana pihak, pengikut Man Kulim tampil dan ada juga yang berasa teringin untuk cuba durian setelah melihat influencer tersebut.

Sedap Man Kulim Makan Durian, Sampai Ada Penonton Rasa Teringin Untuk Cuba MAN KULIM CUBA

Meskipun Man Kulim selalu sahaja dikecam dan diejek, dia tetap sahaja mengendahkan hal itu dan teruskan sahaja menjadi dirinya. Ada kalanya tindakannya mengundang kata-kata yang tidak sopan tapi jelas pengaruhnya dapat membantu ramai peniaga dengan cara mempromosikan produk mereka melalui videonya.

Kredit: pendekbuahpdgserai

Baca Juga: “Teringin Nak Try..” – Gelagat Lucu Wanita Ini & Kawan-Kawan Di Suki-Ya Curi Perhatian Orang Ramai

 

tags: | | |