Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Betul Ke Marshmallow Berasal Dari Tumbuhan & Ia Adalah Makanan Khas Kerabat Di Raja Mesir?

Betul Ke Marshmallow Berasal Dari Tumbuhan & Ia Adalah Makanan Khas Kerabat Di Raja Mesir?

Kategori: ,
asal usul marshmallow

Sebut sahaja Marshmallow pasti ramai yang tahu akan manisan ini. Ia merupakan antara manisan yang disukai oleh semua lapisan umur lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak. Ia mempunyai tekstur yang lembut dan gebu. Pelbagai rupa bentuk dan warna serta berbagai aroma yang ada.

Selain dimasukkan ke dalam coklat dan dimakan begitu sahaja ianya juga sangat enak dipanggang. Tapi tahukah anda akan asal usul Marshmellow ini? Marshmallow ini merupakan manisan yang berasal dari zaman Mesir kuno. Menurut orang-orang Mesir, golongan yang mula-mula mencipta dan dapat merasa betapa sedapya manisan ini adalah pada sekitar 2000 tahun BC.

Hal tersebut telah disahkan oleh seorang pengkaji botani, Prospero Alpini dalam kajian yang dibuat pada tahun 1592. Pada waktu tersebut, manisan Marshmallow ini adalah makanan khas kerabat di Raja Mesir. Mereka juga menjadikan Marshmallow ini sebagai persembahan kepada Tuhan mereka.

Nama saintifik bagi pokok Marshmellow ini adalah Althaea officinalis. Ia berada dalam keluarga yang sama dengan pokok katira. Selain dijadikan manisan atau makanan pokok Marshmellow ini juga merupakan herba perubatan tradisional. Nama Althaea tu sendiri membawa maksud “to heal” atau “menyembuhkan” dalam bahasa Yunani kuno.

Menurut Ananaifa Foods, pokok Marshmallow biasanya tumbuh sekitar 90 – 120 cm, kakadang kalau kena gayanya boleh cecah tinggi 2.0 m! 2 kali tinggi pembaris cikgu warna kuning tu la lebih kurang. Pokok Marsh mallow ini akan mekar berbunga menjelang bulan Ogos ke September.

Peranan penting akar pokok Marshmallow

Daripada bunganya maka akan terhasillah buah yang bulat dan leper, yang selalunya dipanggil “cheeses”. Selain daripada bunga dan buah, akar pokok marshmallow ni juga memainkan peranan penting. Sebab manisan Marshmallow yang sedap tu asalnya dibuat dari akar pokok ni Althaea ni lah.

Akarnya tebal, panjang, mudah menyerap, dengan tekstur yangg sangat kuat tetapi boleh lentur. Warna akarnya agak putih kekuningan di bahagian luar. Namun jika dikupas di bahagian dalam akarnya akan nampak warnanya putih dan fibrous.

Pada zaman Mesir kuno dulu, untuk menghasilkan manisan Marshmallow mereka akan ambik akar pokok marshmallow dan akan kupas akarnya yang tebal dan ambil isinya. Kemudian cincang lumat-lumat dan rebus lama sehingga pekat likat. Dan akhirnya manisan Marshmallow yang sedap akan terhasil! Pokok marshmallow ni dari daun sampai ke akar, semua parts boleh dimakan.

Ada satu zaman tu, di mana crops lain tak berapa nak menjadi. Maka pokok marshmallow ni la yg menjadi pilihan masyarakat setempat untuk dijadikan bahan makan. Mereka akan jadikan pucuk daun sebagai ulam dan putik bunga dibuat jeruk. Akalnya pula selain dijadikan manisan, mereka akan masak dengan cara saute bersama-sama dengan mentega dan bawang merah.

Menurut pengkaji iaitu Prospero Alpini, bila masak akar pokok Marshmallow ini dengan cara macam tu ia boleh menjadi penaik selera tau. Lebih menarik lagi apabila air rebusan yang digunakan untuk merebus mana-mana bahagian pokok ini boleh dijadikan sebagai putih telur.

 

Perancis mula mengubah resepi Marshmallow ini

Pada tahun 2000 BC, manisan ini sudah wujud di Mesir. Dalam pertengahan tahun 1800an barulah manisan ini sampai ke Perancis. Manakala ke Amerika ianya sampai pada tahun 1900an. Dan Perancis adalah negara yang mula-mula mengubah resepi manisan Marshmallow ini hingga akhirnya tercipta Marshmallow yang langsung tidak menggunakan akar pokok marshmallow lagi.

Hakikatnya Marshmallow yang kita makan zaman sekarang ni, dah tak guna akar pokok Althaea dah. Mereka menggunakan cornstarch & gelatin je. Sebabnya, cara kuno tu time-consuming dan susah nak dapatkan bahan utamanya. Masa tu pulak manisan marshmallow ni tengah ada high demand kat Perancis tu.

Kredit : Ananaifa Food

Baca juga : Memilih Marshmallow Halal dan Non Hala

tags: | |