Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 707K followers
  • 306K followers
  • 99.6K Followers
Home » Tip & Petua » Tip Makanan & Dapur » Memilih Marshmallow Halal dan Non Halal

Memilih Marshmallow Halal dan Non Halal

Kategori: ,

Makanan lembut dan comel yang dipanggil marshmallow adalah bukan sahaja kegemaran kanak-kanak, tetapi orang dewasa juga turut menggemarinya. Lazimnya marshmallow ini dimakan begitu sahaja atau diolah dan menjadikan marshmallow lebih menarik dan sedap. Contohnya marshmallow di campur dan dicelup bersama sos coklat dan sebagainya.

Tetapi, ada yang meragui tentang status Halal bagi marshmallow ini. Ada yang berkata ianya halal dan ada juga yang berkata tidak halal. Sebagai seorang muslim kita hendaklah mengambil berat tentang isu sebegini. Kita juga mestilah memilih makanan yang sahih status halalnya. Walau bagaimana pun kita mestilah berhati-hati dalam memilih makanan. Pastikan makanan yang dipilih adalah sahih status halalnya. Ramai yang tak tahu rupa-rupanya ada beberapa perbezaan di antara marshmallow yang halal dan yang tidak halal.

Kenal Pasti Kandungan Marshmallow

biasanya, Marshmallow dijual di dalam pembungkusan jadi sudah tentu mempunyai informasi mengenai produk itu sendiri. Sebelum membeli marshmallow pastikan anda baca dan telitikan setiap kandungan yang terdapat didalam produk itu. Berhati-hati semasa membaca kandungan, pastikan ia tidak mengandungi alkohol, minyak babi, atau bahan-bahan bukan halal yang lain. Tekankan juga pada bahagian kandungan makanan dan juga logo halal.

Tidak Mempunyai Gelatin Babi

Pada asalnya marshmallow dibuat daripada ekstrak akar tumbuhan marshmallow, yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang dipanggil Latin Althea officinalis. Pada akhir abad ke-19, marshmallow dikomersialkan dan industri pembuatan marshmallow semakin dikembangkan dan pembuatannya tidak lagi menggunakan akar pokok marshmallow.

Bahan utama telah diubah dan digantikan dengan gelatin, putih telur, gula atau sirap jagung, dan penambah perisa. Marshmallow dihasilkan dalam pelbagai bentuk dan dibungkus untuk dipasarkan.

Berdasarkan sumber pada awalnya pembuatan marshmallow adalah untuk menghasilkan gelembung udara dengan cepat sehingga buih stabil terbentuk.

Dalam pembuatan marshmallow, gelatin mempunyai peranan yang sangat besar. Contohnya ialah ia mengurangkan ketegangan permukaan lapisan pertemuan cecair udara untuk memudahkan pembentukan buih dan bermacam lagi.

Oleh kerana gelatin adalah bahan utama jadi sebagai umat islam kita mestilah berhati-hati dengan kandungan gelatin itu sendiri. Adakah gelatin tersebut diperbuat dari sumber yang halal iaitu gelatin lembu.

Terdapat juga marshmallow diperbuat dari gelatin ikan atau dari akar pokok itu sendiri. Produk ini dibuat khas untuk vegetarian. Walau bagaimanapun, marshmallow untuk vegetarian ini adalah sangat sukar ditemui dan jika ada harganya sudah tentu mahal.

Pilih Jenama Yang Familiar

Jika anda membeli marshmallow yang dibungkuskan. Pastikan jenama yang dikenali ramai dan juga mempunyai logo halal yang disahkan oleh Jakim atau logo halal international yang disahkan oleh Masjis Agama di negara tersebut. Marshmallow adalah produk yang sangat diragui status halalnya. Jadi, sebagai pengguna Islam kita mestilah menitik beratkan makanan yang tidak jelas status halalnya. Oleh itu, kita perlu berhati-hati dengan produk yang diragui status halalnya. Ingat!

 

tags: |