Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Review » March Babies Boleh Dapatkan Belgian Dark Chocolate Sofuto di FamilyMart’s Secara Percuma

March Babies Boleh Dapatkan Belgian Dark Chocolate Sofuto di FamilyMart’s Secara Percuma

Kategori: ,

Salam Malaysia Baharu ! Jom kita mulakan hari Isnin dengan beberapa berita gembira! Baru-baru ini, FamilyMart Malaysia mengumumkan di laman Facebook mereka, bahawa Belgium Dark Chocolate Sofuto muncul lagi. Dan yang menarik lagi adalah bagi sesiapa yang lahir pada bulan Mac, individu terbabit boleh menikmati sofuto secara PERCUMA. Walau bagaimanapun masih ada berita sedih kerana Matcha Sofuto tidak dikeluarkan buat sementara waktu.

March Babies Boleh Dapatkan Ais Krim Sofuto Secara Percuma

GOOD NEWS! Bagi sesiapa yang lahir pada bulan Mac boleh dapatkan ais krim FamilyMart ini secara percuma. Masih belum terlambat! Tuntutlah sekarang !

5 Cara Untuk Tuntut Ais Krim Bagi Babies March

  1. Muat turun aplikasi MY FamilyMart pada telefon mudah alih anda.
  2. Daftar ahli FamilyMart.
  3. Pergi ke tab Reward dan tebus Ganjaran Hari / Baucar.
  4. Tunjukkan Ganjaran Hari Lahir anda kepada kakitangan di kedai.
  5. Nikmati Sofuto secara PERCUMA!

Sofuto Muncul Kembali

Pada awal bulan lepas, FamilyMart Mengeluarkan  perisa sofuto yang baru iaitu Very Berry Strawberry dan pasti orang ramai amat menyukainya. Dan sekarang dengan kedatangan bulan Mac, FamilyMart mengeluarkan kembali Belgian Dark Chocolate Sofuto. Perisa Sofuto ini muncul lagi setelah lama tidak dikeluarkan. Pasti peminat Sofuto akan teruja.

Dibuat dengan Coklat Belgium yang sebenar pasti membuatkan orang ramai menyukainya. Disebabkan mendapat sambutan ramai jadi FamilyMart terpaksa mengeluarkan kembali. FamilyMart membuat pengumuman melalui laman Facebook dengan gambar yang lucu, seperti dibawah.

Sumber rujukan :  KL Foodie

tags: | |