Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Dituduh Jual Set Sate Harga Mahal Di Festival Makanan, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan & Kira-Kira

Dituduh Jual Set Sate Harga Mahal Di Festival Makanan, Mark Adam Tampil Beri Penjelasan & Kira-Kira

Kategori: ,
Set Sate Mark Adam

Mark Adam tampil memberikan penjelasan tentang harga set sate yang dijualnya yang dikecam oleh netizen sebagai harga cekik darah.

Segalanya bermula daripada video yang dikongsi oleh seorang influencer makanan terkenal.

Dalam video tersebut Mark Adam menyatakan bahawa setiap set sate Mark Adam yang dia jual ada 3 cucuk sahaja dengan segelas minuman berharga RM19.90 sehingga RM24.90.

Mark Adam dalam video promosi menyatakan: “Sate kita saiz 30, besar. Untuk ayam berharga RM19.90, untuk sate daging berharga RM21.90, sate kambing berharga RM24.90. Sekali dengan air blue lemon.”

Netizen kemudian menganggap harga tersebut sebagai tidak masuk akal terutama sekali untuk makanan dijual di festival makanan yang rata rata dikunjungi golongan B40.

Mark Adam Tampil Beri Penjelasan Harga Set Sate

Set Sate Mark Adam

Mark Adam kemudian membuat satu video penjelasan tentang kenapa set sate Mark Adam yang dia jual mahal. Dia akui rasa terkilan dengan komen yang dilontarkan netizen telah mengguris hati pekerjanya sehinggakan mereka tidak semangat lagi bekerja.

Ini kerana ada yang menuduh mereka menjual sate harga mahal.

Mark Adam berkata: “Staf saya ternampak komen komen, dan ada di antara komen itu yang sangat tidak sedap [dibaca].

“Saya tidak kisah [dengan komen negatif] sebab dah terbiasa dengan perkara sebegini. Pekerja saya adalah budak budak baru, semalam dan pagi tadi mereka telah hilang semangat selepas membaca satu komen, harga sate bhalut saya sebagai harga mahal.

“Harga sate daging saya, satu set, 3 cucuk termasuk air, RM21.90. Apa kata kita kira sama sama, macamana modal saya.

“Seperti yang saya kata sebelum ini, daging sate saya adalah daging daging yang premium. Di mana kita ambil daging daging ini daripada kilang terkemuka yang menghantar daging sate ke restoran, hotel dan pada seorang chef selebriti terkenal.

“Jom kira modal. Sate yang saya jual ini, satu cucuk adalah 30 gram sebelum dibalut dengan popiah. Bukan macam sate biasa seperti dijual di luar sana. Modal untuk setiap cucuk sate saya adalah RM2.50, jadi RM7.50 untuk 3 cucuk.

Set Sate Mark Adam Sekali Dengan Air Blue Lemon Set Sate Mark Adam

“Air kita menggunakan cawan yang besar dan kuat, ada dua air dicampur termasuk dengan limau, harga modal kita letak RM3, tiada masalah. Jadi setakat ini, modal adalah RM10.50.

“Logistik, mereka hantar banyak barang barang ke sini dari Ampang ke Shah Alam dalam seribu lebih, dan sama juga harga untuk bawa balik ke.

“Jadi harga logistik untuk setiap set adalah RM2. Jadi setakat ini sebanyak RM12.50, ini harga anggaran untuk modal dalam setiap set yang pelanggan beli itu.

“Kemudian pembalut setiap sate itu adalah RM1.00 untuk setiap set.

“Gaji pekerja kami dalam RM500 seorang untuk 3 hari. Kalau ada untung lebih, kami akan bagi lebih. Gaji pekerja untuk setiap set adalah RM2.50. Dalam set ada kuah kacang, bernilai RM1.50 dalam setiap set. Setakat ini RM17.

“Apalagi, pengangkutan, maintenance, petrol dan juga runner. Kita letak RM1.00. Tapak niaga, ini adalah festival makanan no.1 di Malaysia, mesti ada harga. Tetapi untuk memuaskan hati awak semua, saya abaikan harga tapak.

“Barang maintenance, decoration, saya letak RM1. Jadi modal untuk setiap set adalah RM19.00.

“Harga tadi RM21.90 tolak dengan modal, jadi untung dia cuma RM2.90 untuk setiap set, adakah ini harga Isr*he*l?

“Jom kita bayangkan ada 1,000 orang pelanggan beli, untung RM2,900. Dan saya nak tanya awak semua, adakah ini cukup untuk bayar tapak niaga?

Set Sate Mark Adam

“Guys, kita ni berniaga, saya akui masih belajar. Dah ramai yang beli sate bhalut, namun yang tak beli pula yang ramai memberikan komen dalam tu, apahal?

Mark Adam kemudian menegaskan bahawa, baru sekarang dia memahami kesukaran dihadapi peniaga sejak dia sendiri berjinak jinak dalam dunia perniagaan.

Sumber: Abang Sodo

Baca juga: Ajak Shiro ‘Hadiahkan’ Restoran Buat Ebby Yus Kerana Ingin Balas Jasa, Ramai Puji Hubungan Baik 2 Sahabat Ini

tags: |