Sebut sahaja Alif Satar, pasti ramai yang mengenali beliau sebagai pelakon dan penyanyi yang berbakat dari segi profesionalisme dan juga kebolehannya dalam menyampaikan sesuatu.
Tetapi, agak jarang yang mengenali beliau sebagai penjual satay jalanan yang terletak di beberapa cawangan seperti Cyberjaya, Bangsar, Bukit Dinding dan Taman Tun Dr. Ismail, kecuali untuk orang yang betul-betul mengikuti perkembangannya.
Dengan perkara baru yang tular berkenaan Alif Satar dan klon perempuan yang seakan sama dengannya, Alif Satay lebih dikenali ramai. Ini selepas dia berjaya melakukan marketing dengan pelanduk dua serupa dan hal itu menarik perhatian ramai.
Video berkenaan menunjukkan Alif Satar bersama budak perempuan berkenaan menikmati Alif Satay dengan beberapa aksi yang melucukan. Mereka sama-sama menyanyikan lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ sambil mempromosikan Alif Satay.
“Nampak sama tapi bukan dia. Korang yang nak cuba, boleh tengok lokasi stall kami di Instagram kami okay!”, tulisnya di keterangan video.
Untuk rekod, setakat ini Alif Satay telah membuka sebanyak 20 cawangan di sekitar Lembah Klang dan Alif Satar sebagai dutanya.
Video berkenaan telah mencuit hati netizen dengan 3.7 juta lebih tontonan dan 400 lebih ribu tanda suka setakat ini.
@itsalifsatar Memperkenalkan.. Ba Satar. @Alif Satay | Your Comfort Food
@itsalifsatar Memperkenalkan.. Ba Satar. @Alif Satay | Your Comfort Food ♬ original sound – alifsatar
Melihat ruangan komen, ramai yang menyukai gandingan mereka bersama dan melihat ia sebagai hal yang comel.
“Dia lagi nampak macam adik Alif Satar dari adik Alif sendiri. Comel je,” komen netizen dengan nama Dradada.
“Aku follow sebab comel dua-dua,” komen Fairyn.
“Sebab ni la aku suka Alif, dia profesional person.” tulis Sakura.
Perghhh, terbaik betul marketing mereka! Min pun nak cari satay lah lepas ni. Tak rugi kan kalau kita tak sombong dan layan semua orang? Kebaikan pasti dibalas dengan kebaikan.
Sumber: Alif Satay
Baca juga: “Ingat Kami Bela Saka?” – Pergi Makan Nasi Kerabu Ayam Bakar, Lelaki Ini ‘Tak Puas Hati’ Gara-Gara..