Sejak PKP dilaksanakan, rata-rata rakat Malaysia boleh dikatakan telah mencuba pelbagai jenis masakan menggunakan resepi yang diambil dari Facebook. Salah satu group yang terkenal dengan tips dan resepi masakan iaitu group ‘Masak Apa Hari Ini’.
Niat untuk memasak itu adalah baik dan selaras dengan saranan kerajaan. Namun, apa yang mencuit hati adalah apabila masakan yang dibuat itu tidak menjadi dan mula dikongsikan di laman sosial.
Sejak beberapa hari lalu, tular satu group Facebook iaitu ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ yang memaparkan koleksi-koleksi masakan yang tidak menjadi yang dikongsi oleh netizen.
Berikut merupakan koleksi gambar ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ini’ yang dikongsikan oleh netizen.
Kredit: MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL
Baca juga: Group Facebook ‘Masak Apa Tak Jadi Hari Ni’ Diserbu Netizen, Raih 500K Ahli Dalam Masa Seminggu