Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Masak Lauk Sikit Sahaja Untuk Keluarga, Wanita Ini Dedahkan Sebabnya Dia Berbuat Begitu

Masak Lauk Sikit Sahaja Untuk Keluarga, Wanita Ini Dedahkan Sebabnya Dia Berbuat Begitu

Kategori:
MASAK LAUK SIKIT SAHAJA UNTUK KELUARGA

Sebagai seorang ibu, sudah menjadi satu tanggungjawab untuk kita menjaga keluarga di rumah. Setelah seharian penat dengan mengemas dan bekerja, para ibu sudah tentu akan ke dapur untuk memasak buat anak-anak dan suami.

Bagi mereka yang mempunyai keluarga yang besar, sudah tentu dua atau tiga jenis lauk tidak akan mencukupi untuk mengenyangkan semua orang. Namun, ada juga beberapa individu yang menyediakan lauk-pauk dengan kadar sederhana meskipun berkemampuan. Pasti ada sebabnya.

Masak Lauk Sikit Sahaja Untuk Keluarga, Ini Sebabnya

Seorang ibu memuat naik sebuah video dan berkongsi masakannya di laman TikTok menerusi akaunnya, yantiekamis. Menyediakan beberapa juadah untuk keluarganya, lauk-pauk yang dimasak nampak enak tapi kuantitinya sedikit.

Jika dilihat, penonton boleh anggarkan bahawa hidangan-hidangan tersebut hanya cukup untuk dimakan oleh dua orang. Tambahnya, ada sebab dia berbuat demikian. MASAK LAUK SIKIT SAHAJA UNTUK KELUARGA

Bukan kerana kedekut dengan keluarga sendiri, namun lauk yang dimasak dengan sedikit itu adalah untuk mengajar anak-anaknya supaya berkongsi dan menimbang berat satu sama lain sebelum mengambil makanan untuk diri sendiri. Sekaligus hal itu dapat memupuk sifat bertimbang rasa.

@yantiekamis

Sapa kecik2 dulu mak dia suka masak sikit je? Ingat tak cukup, tapi cukup, kan?☺️#nostalgia #kongsirezeki #inairepublic

♬ оригинальный звук – BiZ

@yantiekamis Sapa kecik2 dulu mak dia suka masak sikit je? Ingat tak cukup, tapi cukup, kan?☺️#nostalgia #kongsirezeki #inairepublic ♬ оригинальный звук – BiZ

Menjengah di ruangan komen, warganet turut bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh wanita itu. Ia dapat memupuk sifat yang baik dalam diri anak-anak sekaligus mereka tidak terlalu mementingkan diri bila makan.

Setuju Sangat Dengan Cara Tu MASAK LAUK SIKIT SAHAJA UNTUK KELUARGA

Namun, ada juga yang tidak sependapat dengannya dan tidak sanggup melihat anak-anak berebut-rebut dan makan dalam kadar sederhana sahaja.

Tak Sanggup.. MASAK LAUK SIKIT SAHAJA UNTUK KELUARGA

Semua orang mempunyai pendapat masing-masing mengenai cara tersebut. Tak salah jika kita ingin mendidik anak-anak untuk makan secara sederhana dan berkongsi namun apa salahnya jika sekali sekala kita menyediakan lauk banyak-banyak supaya mereka lebih berpuas hati bila makan nanti?

Kredit: TikTok yantiekamis

Baca Juga: “Adab Mana Adab?.. Makcik Tiada Adab, Terlanggar Kerusi Bayi Namun Berlalu Tanpa Sebarang Maaf Buat Wanita Ini Kesal

 

tags: |