Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » Pernah Viral Masak Lebih 60 Jenis Lauk, Dari Berniaga Tepi Jalan Kini Meniaga Dalam Kedai Dapat Sokongan Ramai

Pernah Viral Masak Lebih 60 Jenis Lauk, Dari Berniaga Tepi Jalan Kini Meniaga Dalam Kedai Dapat Sokongan Ramai

Kategori:
masak lebih 60 jenis lauk

Tular peniaga makanan jalanan yang memasak dan menjual lebih daripada 60 jenis lauk dan menjadi perhatian ramai. Dengan pelbagai lauk pauk yang dijual setiap hari, ia memberi kesenangan kepada pelanggan untuk memilih aneka lauk mengikut selera masing-masing.

Dengan tularnya gambar masak lebih 60 jenis lauk yang dikongsi oleh peniaga, Asry Asmara ke dalam group Facebook Masak Apa Hari Ini, orang ramai berpusu-pusu ke gerai jualannya.

Pernah Viral Masak Lebih 60 Jenis Lauk, Dari Berniaga Tepi Jalan Kini Peniaga Luah Rasa Syukur Dah Boleh Meniaga Dalam Kedai

Hasil daripada itu, dia mengucapkan ribuan terima kasih dan bersyukur kerana sokongan orang ramai sehinggakan dapat membuka kedai untuk berniaga makanan yang dimasak mereka.

“Memasak ni penat, tapi bila orang puji sedap hilang penat. Tiap-tiap hari 60-80 jenis makanan. Alhamdulillah terima kasih korang dari tepi jalan kini dah masuk kedai yang selesa. Hari-hari pun kena masak lauk 60 jenis ke atas,” katanya dalam hantaran terbaru.

Dia yang meniaga di lokasi Johor Bharu gembira kerana dapat mengembangkan operasi perniagaan makanan Nasi Berlauk Malam oleh Dapur Asmara.

Melihat komen orang ramai, mereka juga terharu dengan kejayaan yang selayaknya diberikan kepada peniaga terbabit. Bukang senang untuk konsisten masak lebih 60 jenis lauk setiap hari pada hari perniagaan.

“Alhamdulillah seronok perniagaan berkembang. Moga murah rezeki selalu,” kata Aisyah Ibrahim kepada peniaga masak lebih 60 jenis lauk berkenaan.

“Patutlah tak nampak bukak meja, dah masuk kedai. Alhamdulillah rezeki dapat buka kedai. Eloklah sekarang pun asyik hujan je JB. Semoga dipermudahkan,,” komen Zamzarina.

Semoga perniagaan mereka terus maju dan berkembang dengan jayanya.

Sesiapa yang berdekatan ingin menyokong dan menikmati hidangan yang menyelerakan ini, boleh rujuk informasi di bawah untuk berkunjung ke kedai baharu milik mereka.

Lokasi Kedai: Johor Bharu, (hubungi 0187914469)

Waktu Operasi: Sabtu – Khamis / 3PM – 9AM

tags: | |