Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Resipi » Cara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker, Memang Licin Cantik Kejadiannya

Cara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker, Memang Licin Cantik Kejadiannya

Kategori:
nasi impit guna pressure cooker

Jom ikuti cara masak nasi impit guna pressure cooker, perkongsian oleh Nurul Umairah. Memang cantik dan licin hasil selepas masak nasi impit menggunakan pressure cooker.

Puas hati bila nasi impit cantik macam ni. Masa nak potong pun tidak hancur, barulah cantik terhidang. Sesuai makan bersama rendang, lontong, lemang dan sebagainya.

Cara Masak Nasi Impit Guna Pressure Cooker

Licin cantik kejadian nasi himpit pressure cooker rupanya.. Yeayyyy lontong in the making.. 

Maaf laa, terjakun sikit sebab tak pernah buat nasi himpit pakai pressure cooker..

Biasa my mom guna cara klasik je mcm zaman2 arwah nenek masak2 masuk dalam daun pisang, bungkus dengan kain berlapis2 ketat2, letak tong gas atas bungkusan nasi himpit tu semalaman..

Sekarang semua jadi mudah.. hee

Cara nak masak nasi himpit guna pressure cooker, saya pakai PHILIPS je..

Saya guna beras siam..

  1. Sukat beras guna skop periuk pressure cooker. 1 skop beras=3skop air. 
  2. Masukkan minyak masak. Saya guna minyak jagung. Saya guna tudung minyak . Masuk lebih kurang 2 tudung minyak.
    Masuk sedikit garam dan daun pandan. Bila dah masak buka tudung periuk. Tekan tekan nasi tu tak lah kuat sgt. Untuk mampatkan nasi tu saya guna piring leper tekan tekan sikit. Bila dah mampat biarlah sejuk.

Siappp…

Anggaran dalam 10-15min je mode rice..

Selepas dipotong.

Selamat mencuba! Jom cuba juga: Resepi Mudah Buat Lontong Tetapi Sedap, Sesuai Dihidang Waktu Hari Raya.

tags: