Masak steak sendiri kat rumah, macam susah kan?
Namun, sebenarnya anda hanya perlukan masa 45 minit dan guna 4 bahan je untuk hidangkan steak yang lembut dan lazat, kalau anda tahu caranya.
Ikuti 3 langkah mudah ini untuk anda dapatkan steak yang rangup di luar tetap cukup juicy di tengahnya. Wah, boleh menitik air liur pasti tak senang duduk dibuatnya.
Nak masak steak sedap ni ada 3 perkara asas yang anda perlu tahu. Pertama, pilih potongan daging steak yang baik. Kedua, lumurkan garam yang bagus 30 minit sebelum anda mula memanggang. Ketiga, pastikan daging dimasak pantas ketika dapur betul-betul panas, tanpa minyak tetapi diakhiri dengan sedikit mentega ketika hampir masak.
Jom kami cerita lebih lanjut tentang setiap tiga perkara di atas.
Daging terbaik untuk hidangan steak yang menyelerakan adalah daging tanpa tulang yang dipotong 1 hingga 1 1/2 inci. Biasanya bahagian daging rib eye atau striploin sangat sesuai untuk dipanggang di atas dapur gas.
Selalunya, kita tak nak bahagian daging yang banyak lemak, kan?
Tapi untuk daging steak, bahagian daging yang mempunyai jalinan lemak atau dipanggil marbling sangat sesuai kerana ia akan menghasilkan steak yang lebih juicy, tekstur daging yang lembut apabila dikunyah dan rasa daging yang betul-betul naik dalam setiap kunyahan.
Daging nipis tak sesuai ke?
Bukan tak sesuai. Malah daging premium seperti wagyu sebenarnya dipotong nipis-nipis kerana mempunyai nisbah marbling yang sangat tinggi. Jadi untuk daging wagyu dan daging yang dipotong kurang 1 inci, pastikan anda memendekkan waktu memanggang. Gunakan termometer untuk memastikan daging masak pada kadar yang anda kehendaki.
Daging bertulang pula tidak sesuai dipanggang di atas dapur kerana ia tidak akan masak dengan sekata. Daging bertulang lebih sesuai dimasak menggunakan oven atau digril.
Pilihan garam yang berkualiti akan mengeluarkan rasa daging yang lebih sedap. Garam laut merupakan pilihan terbaik.
Anda boleh memilih untuk melumurkan garam 30 minit sebelum memanggang, atau membiarkan daging diperap dengan garam 18-24 jam.
Garam mengeluarkan kelembapan daripada permukaan daging menjadikan permukaannya kering semasa memanggang dan seterusnya menghasilkan steak yang rangup di luar.
Nak letak lada hitam atau bahan perasa yang lain? Lakukan selepas proses memasak steak kerana kuali pemanggang yang panas akan menghanguskan bahan perasa yang anda tabur.
Selain bahan mentah yang berkualiti, pilihan kuali pemanggang seperti cast iron skillet yang tepat juga memainkan peranan untuk mendapatkan steak yang sangat sedap dan juicy. Gunakan kuali besi atau skillet yang paling berat di dapur anda.
Buka api paling besar dan pastikan kuali sedikit berasap sebelum meletakkan daging. Haba panas yang terhasil akan memastikan permukaan steak menjadi perang dengan cantik dan rangup. Kan yang nikmat tu bila daging rangup di luar tapi juicy di dalam.
Balik-balikkan daging setiap minit untuk memastikan permukaan daging masak dengan sekata. Mentega atau herba seperti rosemary atau thyme sesuai dimasukkan ketika daging sudah separuh masak.
Perasan tak, kita tak letak minyak sebelum letak daging? Ini kerana minyak akan melambatkan proses browning, maka lambatlah pemukaan steak masak rangup. Sebab itu anda perlukan kuali memanggang yang betul-betul panas untuk mengelakkan daging melekat pada kuali.
Bagaimana nak tahu daging masak?
Steak mempunyai tahap masak yang berbeza mengikut citarasa individu.Tahap ini boleh diukur dengan tepat menggunakan termometer.
Berikut ialah panduan untuk daging berukuran 1 inci.
Tahap paling sesuai untuk steak ialah medium rare dan medium. Rakyat Malaysia mungkin terbiasa memasak daging ala well done tetapi untuk steak tahap well done menyebabkan tekstur daging menjadi keras dan liat. Mana umph makan steak liat, betul tak?
Itu dia 3 langkah mudah masak steak di rumah hanya menggunakan dapur gas di rumah anda. Sebenarnya boleh je makan mewah tanpa keluar rumah lagi-lagi di musim PKP ni.
Kalau nak cuba steak daging Wagyu atau Angus dari rumah, boleh dapatkan dengan Fresyu. Fresyu menjual daging premium yang halal lagi berkualiti sesuai dibuat steak, dihantar terus ke depan pagar rumah anda.
Antara daging yang boleh didapati di Fresyu ialah:
Hubungi ejen berdekatan dan nikmati steak premium di rumah anda.
Shah Alam https://wasap.my/60136768381/fresyuwagyu
Kota Bharu https://wasap.my/60194559642/fresyuwagyu