Sumber #No1 Syurga Makanan Seantero Malaysia & Asia

  • 728K followers
  • 316K followers
  • 102.1K Followers
Home » Berita » “Tengok Pun Dah Tak Lalu..” – Masak Sup Kepala Lembu, Orang Ramai Rasa Geli Sebab..

“Tengok Pun Dah Tak Lalu..” – Masak Sup Kepala Lembu, Orang Ramai Rasa Geli Sebab..

Kategori:
SUP KEPALA LEMBU

Hari Raya Aidiladha yang baru sahaja berlangsung memberi peluang buat orang ramai untuk melakukan ibadah Qurban sambil pulang ke kampung untuk meluangkan waktu bersama keluarga.

Sambil itu, ramai turut ke dapur untuk memasak bahagian daging Qurban yang telah diperolehi. Jika dilihat, macam-macam masakan unik yang ada pada hari Raya Aidiladha. Termasuk masakan yang telah dikongsikan oleh lelaki ini.

“Tengok Pun Dah Tak Lalu..” – Masak Sup Kepala Lembu, Orang Ramai Rasa Geli Sebab..

Terbaharu, seorang lelaki, razi_zain8 memuat naik sebuah video di laman video dan berkongsi masakan bahagian daging Qurban yang baru sahaja diperolehi.

Mendapat bahagian kepala lembu, lelaki itu menjadikannya sup. Namun cara penyediaannya yang lain dari yang lain menarik perhatian orang ramai. SUP KEPALA LEMBU

Memasak terus bahagian kepala lembu tersebut tanpa dipotong kecil-kecilan, rupa sup tersebut sangat mengerunkan. SUP KEPALA LEMBU SUP KEPALA LEMBU

Dengan kuah yang masih lagi panas dan mendidih, sesiapa sahaja akan berasa seram bila ingin memakannya.

@razi_zain8 Sup Kepala Lembu 😋#fyp #aidiladha2022 ♬ Che La Luna – Louis Prima

Meninjau di ruangan komen, orang ramai turut berasa terkejut melihat cara lelaki itu memasak sup kepala lembu tersebut.

Menurut seorang pengguna, fatinnadhirah_08, sup kepala lembu ini bukanlah sesuatu yang asing buat dirinya tapi selalunya dia akan membersihnya dengan elok dan membuang tanduk dan kulit yang keras. Belum pernah dia lihat sup itu dihidangkan dengan cara begini!

Manakala buat pengguna, 111fauziah dan suzie, rupa sup itu yang menyeramkan membuat mereka berasa tidak lalu dan tak berselera untuk menikmatinya.

Rupa Yang Menyeramkan Buat Ramai Hilang SeleraSUP KEPALA LEMBU SUP KEPALA LEMBU

Sup kepala lembu ini memang sedap tapi sesiapa sahaja boleh berasa gerun jika ia dihidangkan dengan cara sebegini. Dari lapar, terus menjadi kenyang. Rasa tak berselera pula.

Tapi jika anda dan keluarga sudah biasa memakannya sebegini, silakan. Jangan hiraukan pendapat orang lain dan selamat menikmatinya!

Kredit: razi_zain8

Baca Juga: “Bodoh Ke Niaga?” – Temui Lipas Besar Dalam Bubur Nasi, Wanita Menyesal Beli Dari..

tags: | | |